Salam Cemerlang,
Kadangkala apabila melihat seseorang bercakap di depan audien yang ramai atau tampil di kaca TV, kita merasakan yang kita juga pun boleh bercakap seperti dia! Namun, mengapa seseorang itu boleh diberikan peluang untuk bercakap sedangkan kita hanya duduk mendengar butir bicaranya? Kenapa kita tidak diberikan peluang?
Kita tidak boleh mengatakan orang lain hebat dan kita tidak hebat kerana setiap orang semasa lahir adalah sama sahaja, bagaimana seseorang boleh berbeza dengan seseorang yang lain? Cuba kita tanya soalan itu kepada diri kita! Mengapa semasa lahir semua bayi normal nampak sama tetapi apabila dewasa ada yang menjadi doktor dan ada yang menjadi penyanyi? Ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya?
Relaks sebentar, barangkali masa kita belum tiba untuk menjadi seperti seseorang itu dan seperti biasanya lah, kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan tempat bercakap seperti itu. Caranya ialah, cari punca dan arah di mana kita boleh mendapatkan peluang yang serupa. Cuba cara yang sama untuk meningkat naik dan jika kurang berkesan, cuba cara lain tetapi matlamat tetap sama..!
0 comments:
Post a Comment