Kesedihan Bertimpa-Timpa

Adakalanya, sesuatu yang kita inginkan itu tidak kita perolehi dalam jangka masa yang terdekat. Kita begitu menginginkannya tetapi selepas kita berusaha mendapatkannya, kita tidak juga memperolehinya. Kita berasa agak kecewa.

Lumrah kehidupan mungkin begitu. Tidak ada orang yang mahu mengambil tahu mengenainya kecuali sekiranya sesuatu itu boleh memberikan manfaat kepadanya. Selebihnya adalah untuk kita menganggung keperitan seorang diri. Ianya adalah cabaran hidup kita yang perlu kita jalani sendirian.

Usahlah kita bersedih terlalu sangat atas keadaan yang kita hadapi. Kita mesti menyelesaikannya atas kapasiti kita sebagai penganggung beban kesedihan itu. Berharaplah selalu kepada Allah kerana DIA yang memberikan cabaran hidup dan DIALAH yang menyelesaikannya. Letakkan urusan tersebut kepada Allah dan berdoalah kepadaNya.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram