Berani Berubah?

Salam Cemerlang,

Kita berubah mengikut keadaan. Kadangkala kita tidak berubah kerana tiada keadaan yang memaksa untuk kita berubah. Berubah ke arah yang lebih baik, namun perkara yang sudah sedia baik boleh diubah kepada sesuatu perkara yang lebih lebih baik.

Kita perlu melakukan perubahan seiring dengan perubahan waktu.. People change.. System change.. Dan pelbagai lagi yang berubah untuk menjana lebih wang, lebih kepuasan, lebih macam-macam lagi.. Even ada yang berani melakukan perubahan walaupun berada di jawatan yang tinggi di sesebuah syarikat dengan meninggalkan syarikat tersebut.

Mari kita menginsafi bahawa jika kita takut berubah dan rela duduk di kerusi empuk kita (perkara yang saya pelajari 10 tahun lalu), maka kita tidak tahu keajaiban yang mungkin berlaku di depan kita.. Hendak mengatakan bahawa hidup ini umpama perjudian kerana mungkin kita akan gagal pada hari depan, saya pernah mendengar seorang Sifu yang pernah memberikan komen di Timeline FB saya, yang berbunyi lebih kurang begini (saya pun dah lupa susunan ayatnya), "jika kita takut gagal, maka kita kenalah elakkan kegagalan itu.." (lakukan agar berjaya juga akhirnya)

Bagaimana? Berani berubah? Berani mencuba sesuatu yang baru? Analoginya seperti begini, isteri saya suka mencuba makanan, restoran, minuman atau apa saja yang baru walaupun berisiko mendapat makanan, minuman, restoran yang tidak sedap (yang mungkin membuatkan saya tidak selesa). Yelah, kadang-kadang tu ada juga perkara baru yang dicuba itu tidak kena dengan selera saya. Tetapi apabila yang dicuba itu sedap dan selesa, maka kami selalu ke restoran yang menyajikan makanan yang sedap itu, hasil daripada keberanian isteri saya mencuba sesuatu yang baru..

Jika kita tidak berani mencuba melakukan perubahan, bagaimana kita nak tahu ada sesuatu yang ajaib menunggu kita di depan sana? Cubalah.. Beranilah..


0 comments:

Post a Comment

My Instagram