Memohon Manusia Atau Allah?


Salam Cemerlang! 

Satu perkara yang kita perlu ingat mengenai kehidupan kita di dunia ini ialah usah mengharapkan bantuan manusia, tetapi ubah haluan kita dengan mengharapkan 100% bantuan daripada Allah sahaja.

Contohnya, kalau selama ini kita begitu berharap sekian-sekian si fulan (dan si fulan tersebut tidak pernah ingat pun akan kita kerana kita dianggap tidak diperlukan untuk perancangan syarikatnya, sekarang dan masa akan datang), kita perbetulkan fikiran dan gaya kita berfikir daripada mengharap sekian-sekian si fulan itu kepada mengharapkan bantuan Allah sepanjang masa..

Kerana apa? Kerana rezeki sekian-sekian si fulan itu pun Allah yang berikan.. Rezeki kita juga Allah yang berikan.. Jika orang lain tidak memerlukan kita dalam kehidupannya, bermohonlah kepada Allah agar kita tidak melakukan perkara yang sama tatkala kita menerima rezeki kurniaan Allah Subhana Wata'la..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram