Isyarat Bagus atau Tindakan Kita?

Saya mulai meminati Donald Trump pada tahun 2004. Pada masa itu, saya ternampak iklan The Apprentice yang akan bersiaran di seluruh Amerika di Yahoo.com (pada masa itu saya tidak menggunakan Google). Sehingga kini, saya masih meminati figura tersebut yang popular dengan kata-kata hikmatnya iaitu "You're Fired!"

Hari ini saya kembali mencari foto-foto beliau di Google Image, untuk menemukan foto Donald Trump membuat isyarat bagus di jarinya seperti yang 'terpaksa' dibuat oleh sebilangan daripada kita untuk menunjukkan kejayaan masing-masing, atau mempromosikan kecemerlangan diri, atau menuntut orang lain terpesona dengan perniagaan tingkat yang dijalankan, namun tidak banyak yang dijumpai. Ada tu memang ada, tapi tak banyak. Beliau berjaya bukan kerana menunjukkan isyarat bagus, tetapi lebih kepada jari telunjuk beliau sambil berkata "You're Fired!". 

Saya juga sememangnya tidak begitu gemar membuat isyarat 'BAGUS' itu untuk kerjaya dan perniagaan saya, kerana bagusnya kita bukanlah terletak kepada isyarat 'BAGUS' di tangan, sebaliknya ia bergantung kepada sejauh mana tindakan (action) yang kita akan ambil.

Lihat juga Donald Trump. Saya mencari di Google Image hanya berjumpa dengan foto-foto beliau melakukan aksi yang hanya beliau sahaja yang boleh lakukan, iaitu "You're Fired!" (walaupun ada The Apprentice versi lain yang menggunakan pendekatan yang sama)


0 comments:

Post a Comment

My Instagram