Hidup ini kalau kita kata susah, maka ia akan jadi susah. Kalau kita kata kita akan mengharunginya dan bertawakkal kepada Allah selepas kita berusaha, maka in Sha Allah, kita akan mampu mengharunginya.
Salah satu penyakit orang yang hendak berusaha ialah mudah mengalah yang akhirnya membawa kepada putus asa. Apa akan jadi kalau kita berputus asa? Usaha kita akan terhenti dan kita tidak berminat untuk meneruskan usaha yang telah kita jalankan separuh jalan.
Cubalah dahulu sebelum nak berkata kita dah putus asa. Ada jalan lagi dihadapan. Jangan senang sangat nak mengalah. Kalau kita sikit-sikit nak mengalah, bila kita nak sampai ke puncak jaya?
Lawan sikit rasa nak mengalah tu. Kalau rasa dah 'stuck', cuba jalan lain. Seperti kita bermain permainan 'Maze', kalau sangkut satu jalan, cuba jalan lain sampai jumpa pengakhir perjalanan atau matlamat yang kita nak tuju.
Jangan mudah mengalah ya.. :)
0 comments:
Post a Comment