Aku Ingin Belajar Lagi!

Aku ingin sekali menyambung pengajianku.  Sejak bergraduasi pada tahun 2001 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian,  aku melihat ramai rakanku yang sudah mendapatkan Ijazah Sarjana bahkan ada yang sudah bergelar Doktor PhD! Itu tidak termasuk para junior yang sudah bergelar Doktor Falsafah..

Pada tahun 2010 aku pernah mendaftar diri sebagai pelajar Ijazah Sarjana di sebuah IPTA tempatan namun hasrat itu ditangguh atas sebab-sebab keluarga. Kini,  selepas 4 tahun berlalu,  hati ini bergelojak untuk menyambung pengajian..

Sudah agak lama aku berehat.  Cita-citaku menggunung tinggi dalam mendapatkan Ijazah Sarjana dalam bidang yang ku minati..

Semoga Allah kabulkan doaku ini..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram