Hari ini adalah hari lahir saya yang ke 38. Dah berusia juga saya ini. Beberapa hadiah telah saya terima daripada isteri saya termasuk kek lobak yang dibeli oleh beliau.
Isteri saya turut menambah, hadiah harijadi saya yang jarang diterima kebanyakan daripada kita ialah kelas pertama pengajian Master pada hari jadi! Ya, saya akan mula menghadiri kelas peringkat Sarjana di UUM KL untuk Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (MHRM).
Ya, hari ini adalah hari pertama saya untuk 'masuk belajar' kembali selepas kali terakhir menghadiri kelas ialah semasa dalam pengajian Sarjana Muda kira-kira 14 tahun yang lalu.
Perasaan saya memang teruja, I feel exited! Namun saya berasa sedikit bimbang kerana saya hanya mengetahui sedikit sahaja mengenai corak pembelajaran peringkat Sarjana kecuali belum menghadapinya secara nyata.
Gaya pembelajaran tentu berbeza dengan yang dilalui semasa di peringkat Sarjana Muda dahulu, malahan ianya berbeza dengan gaya pembelajaran peringkat Sarjana di universiti lain. Itulah yang saya faham mengenai corak pembelajaran di UUM KL selepas mendengar taklimat daripada seorang pensyarah kanan di universiti tersebut.
Petang ini jam 3 adalah masanya untuk saya menyelusuri lorong baru dalam kehidupan saya! I feel exited! Semoga saya berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia dari UUM 2 tahun 4 bulan lagi, in Sha Allah!
0 comments:
Post a Comment