Generasi Y dan Gajet

Memahami Generation Y ialah mereka tidak lekang dengan gajet. Gajet ini sebenarnya dicipta untuk membantu kehidupan manusia. Sebagai contoh paling mudah, telefon pintar dapat membantu seorang pelajar merakamkan nota di layar putih, mencatat diari mengenai kelas, tugasan dan sebagainya di kalendar, mewujudkan group belajar dengan menggunakan aplikasi Whatsapp atau Telegram termasuk berinteraksi dengan guru mengenai sesuatu matapelajaran, serta pelbagai lagi kemudahan-kemudahan yang boleh digunapakai dengan telefon pintar.

Saya sendiri menggunakan
Google untuk mencari fakta pantas, definisi kamus, membaca mengenai isu semasa di samping mewujudkan group diskusi pelajaran dengan menggunakan Whatsapp.

Kita mungkin akan bercakap mengenai kemungkinan penyalahgunaan telefon pintar oleh para pelajar, namun ia boleh diatasi dengan cara pendidikan, pengawasan, galakkan dan menentukan penggunaan sebenar telefon bimbit masing-masing untuk tujuan pendidikan. Sesuatu permulaan barangkali sukar, namun lama kelamaan ianya akan menjadi mudah. Usah susahkan yang mudah.

Kita tidak mengejar teknologi, bahkan teknologilah yang sebenarnya mengejar kita.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram