Basikal Kembara Bridgestone Mudrock

Sudah lama juga tidak menulis di sini.. Sekadar ingin berkongsi hobi saya terhadap basikal.. Pada mula-mula bermain basikal dulu, iaitu pada usia dewasa (masa kecil tak kiralah sebab dah lama sangat iaitu pada usia 10 tahun), tentunya saya seperti anda semua tak tahu apa, terus beli sahaja sebuah mountain bike. Namun selepas empat tahun, saya kini hanya mengayuh basikal kembara yang mungkin lebih sesuai dengan jiwa saya..



Basikal saya ini berjenama Bridgestone Mudrock. Sekarang ini saya kurang gemar menghabiskan wang untuk basikal mahal kerana saya lebih sukakan basikal dari Jepun yang lebih berkualiti walaupun ianya sebuah basikal murah dan lama. Seperti basikal ini, saya membelinya dengan harga RM400 dan tahun basikal ini dikeluarkan ialah kira-kira 20 tahun yang lalu. Saya telah membinanya dengan kos hampir RM1500 dan pelbagai sudut basikal ini saya telah tingkatkan.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram