Kereta Vs Kamera

Kereta dan Kamera adalah barang permainan kebanyakan lelaki. Belum campur memancing, melancong, golf, futsal dan sebagainya, kereta dan kamera adalah dua permainan kesukaan saya. Saya sudah bermain kereta sejak 2003 dan pertama kali memandu kereta bernadikan enjin Turbo pada tahun 2005. Sehingga kini, saya masih lagi meminati kereta. Dan sejak setahun dua ini, saya berminat dengan permainan yang sama mahal dengan kereta, iaitu kamera. Terdapat pro & cons jika anda bermain dengan kedua-dua ‘alat permainan’ ini.

Kamera DSLR Canon 40D yang saya gunakan untuk job fotografi

Pada level saya, bermain kereta memberi kepuasan yang tidak terhingga jika kereta kita cantik dan paling lengkap unsur-unsur JDMnya. Setakat 3 kereta yang pernah saya gunakan, dua daripadanya adalah buatan Jepun manakala satu lagi adalah buatan Malaysia. Sudah sedia maklum bahawa kereta Proton Wira menggunakan body dari Mitsubishi Lancer tampat terletaknya Lancer dan Evo 1,2,3. Maka Proton Wira boleh menjadi Lancer atau Evo kecuali lampu belakang. Dan dua kereta Jepun yang pernah dan sedang gunakan ialah Daihatsu Charade Aura dan Nissan AD Resort.

Namun begitu, kepuasan bermain kereta tidak dapat menghasilkan wang kecuali jika saya mampu berlumba di litar. Puas saya memikirkan apa yang boleh dibuat dengan bermain kereta. Dua kereta Turbo saya sebelum ini setelah saya penat membinanya, akhirnya ia dijual juga. Namun begitu, untuk kereta sekarang, saya perlu maintain sederhana, takut nanti kalau saya menukar enjinnya, saya akan menjualnya juga. Bagi saya, kepuasan bermain kereta tidak dapat dibandingkan dengan wang ringgit. Walaupun berhabis wang mencantikkan kereta tetapi tidak mampu menghasilkan wang, namun kepuasan terserlah apabila melihat kereta sudah lengkap bodykit dan enjinnya. Bukan untuk menunjuk-nunjuk riak kerana kereta cantik, tetapi hati terasa puas apabila melihat kereta sudahpun cantik dan hanya kita sahaja yang memiliki kereta itu.

Bermain kereta perlu berhati-hati. Jangan tersalah pasang. Ada juga pemain kereta terutamanya yang baru, hanya tahu dimanipulasi oleh tauke-tauke kedai aksesori sahaja. Seperti biasa, orang lama juga pernah ditipu semasa mula-mula bermain kereta. Barangan yang tidak perlu akan diletakkan di dalam kereta kerana termakan pujukan tauke-tauke kedai aksesori tersebut. Lampu kelip-kelip yang tidak relevan dan menyakitkan mata telah menyerlahkan penampilan pemancut air untuk cermin hadapan. Menambahkan duka ialah penggunaan bodykit custom yang menghodohkan lagi penampilan sesebuah kereta.

Ada juga yang menjadikan kereta mereka pelakon bilamana sebuah Proton Waja diubah kepada Mitsubishi Evolution 7 tetapi hasil yang agak hodoh. Pada pendapat saya, Proton Waja kalau disportykan menjadi Proton Waja adalah lebih baik daripada menjadi pretender Mitsubishi Evolution 7. Memang tidak kena!

Berbanding kereta yang tidak mampu menghasilkan wang, kamera juga boleh membuatkan seseorang lelaki habis wang gajinya setiap bulan. Ada sahaja yang mahu dibeli, kemudian dijual semula. Ada yang berhabis wang membeli lens atau body kamera yang mahal, tetapi tidak juga menghasilkan wang yang boleh menyelesaikan hutang untuk membeli lensa dan body kamera itu dalam dua kali bayaran sahaja. Ada yang membeli kamera kerana mengikut trend semasa.
Tidak tahu mengenai komposisi tidak mengapa, asalkan dapat mengendong kamera DSLR kemana-mana. Gah adalah lebih penting dari seni. Dan ada yang memusatkan kemudahan kamera adalah untuk menghasilkan wang semata-mata tanpa mempedulikan seni fotografi itu sendiri. Akhirnya, kamera juga tidak mampu menghasilkan wang. Pelaburan sebanyak RM10 ribu, tetapi hasilnya cuma RM1-2 ribu sahaja sebulan.

Kamera juga ramai yang tersalah beli. Yelah, pada masa permulaan, memang selalu terkena. Ada orang mengatakan bahawa pemain-pemain baru dunia kamera DSLR perlu membeli entry level kamera untuk memudahkan mereka mengenali fungsi sesebuah kamera. Tetapi pernahkah terfikir bahawa kamera semi-pro juga menampilkan ciri-ciri entry level dan pro? Kamera DSLR semi pro juga terdapat fungsi-fungsi entry level seperti potrait, scenery, night dan sebagainya.

Dan ia juga menampilkan fungsi-fungsi kamera pro seperti 6.5 frame sesaat, 11 poin fokus dan sebagainya. Apalah salahnya jika mereka yang baru bermain kamera terus sahaja membeli kamera semi pro dan belajar dari level itu? Sebagai contoh, seseorang yang berminat dengan Nikon, lebih baik sahaja dia membeli Nikon D80 daripada membeli Nikon D40. Ada kemungkinan faktor harga yang memainkan peranan utama. Kerana jangkaan awal semasa mula-mula bermain kamera adalah setakat dibawah RM2 ribu sahaja, tidak terjangka akan membeli kamera yang berharga lebih RM2 ribu kerana mengetahui level of knowledge masing-masing.

Tetapi, mereka masih boleh mencari kamera terpakai Canon 20D atau 30D yang jauh lebih baik daripada Canon 450D! Apapun, yang penting ialah orang dibelakang kamera..!!

Walauapapun tujuan dan sebab kita bermain kereta atau kamera, kita perlu memiliki visi dan misi serta desired result yang kita inginkan daripada kedua-dua hobi tersebut. Jangan pula kita tiada misi dan visi, hanya sekadar ikut-ikutan walaupun kita tiada passion di dalam kedua-dua hobi tersebut. Akhirnya kita tidak mendapat kepuasan (walaupun tidak dapat wang daripada kedua-dua hobi tersebut), malahan hanya mendapat penat dan sesal semata-mata!

0 comments:

Post a Comment

My Instagram