Saya menggemari jam tangan. Tetapi saya lebih menyukai jam chronograph. Satu perkara yang menarik mengenai jam tangan chronograph ialah gaya banyak jarum jam yang memang menarik. Keduanya ialah, ia berfungsi sebagai jam randik. Ia boleh digunakan di saat kita memerlukan jam randik. Saya sentiasa membeli sesuatu barangan dengan adanya tujuan. Sehingga ke jam tangan pun, saya akan membeli dengan tujuan. Kalau sekadar jam yang cantik tetapi tidak mampu memberikan fungsi selain daripada memberitahu masa, saya tidak akan membelinya kecuali jika saya benar-benar minat dan mempunyai lebihan wang.
Begitu juga dengan kehidupan kita. Masa dan tujuan adalah satu pasangan keadaan yang member makna kepada setiap dari kita. Kita patut sentiasa mengawasi, mengawal, dan menjaga masa kerana masa tidak akan menunggu kita. Dalam hal sekecil-kecil minit sehinggalah kepada sebesar-besar tahun, matlamat yang kita rancangkan mestilah seiring dengan masa. Sementalahan pencapaian misi dan visi adalah diukur dengan masa, seharusnya kita perlu memandang masa. Kadang-kadang kita merasakan masa yang diperuntukkan untuk kita tidak cukup. Dan kita perlu merancang masa supaya ia menjadi cukup. Dalam hal ini, kita mesti mendahulukan yang sepatutnya dulu. Dengan rencana yang begitu baik sebegitu rupa, maka dengan izin Allah, kita akan mempunyai cukup masa.
Tujuan mestilah selari dengan tuntutan keperluan kita. Tidak ada orang yang sanggup melakukan sesuatu dengan tujuan yang tidak menguntungkannya. Ada juga orang yang melakukan sesuatu dengan tanpa tujuan. Membuang masa yang diperuntukkan merupakan salah satu cara melakukan sesuatu perkara tanpa tujuan. Malahan, kerugian yang besar ialah tercicir dari jaluran masa yang memberikan kesan sampingan yang biasanya tidak baik terhadap sesuatu yang kita lakukan. Menentukan tujuan atau boleh dikatakan juga sebagai desired result adalah salah satu perencanaan yang menggunakan masa sebagai sala satu alat ukur mengenai selama mana dan sejauh mana kita boleh mencapainya.
Masa dan tujuan sememangnya merupakan dua perkara yang berjalan seiring. Jika kita melakukan sesuatu tanpa tujuan, kita akan mengalami kerugian. Jika kita melakukan sesuatu tanpa memandang masa, kita akan sesat di dalam jaluran masa. Kemungkinan juga kita akan letih untuk menyiapkan sesuatu tanpa perencanaan masa dan penentuan tujuan di dalam setiap kerja yang kita lakukan.
0 comments:
Post a Comment