Sarapan Pagi Di KFC

Sejak beberapa hari ni saya selalu singgah di KFC Jalan Universiti untuk membeli sarapan. Mungkin agak sudah bosan dengan nasi goreng kakak indon yang dihidangkan di kafe berdekatan, saya mencuba sarapan pagi KFC pula. Harganya amat berpatutan. Kalau kita membeli A.M Riser (semacam burger ayam campur telur) dan secawan kopi, harga selepas cukai ialah RM4.10. Berbaloi! Kalau setiap hari kita membeli nasi goreng campur telur dan secawan kopi yang mungkin berharga RM3, untuk hidangan KFC ini hanya perlu tambah RM1.60 sahaja untuk hidangan yang berkhasiat.

Jangan tak sangka, KFC tersebut juga ada menjual nasi lemak panas yang sambalnya memang kelas pertama sedapnya! Bagi saya lah..

Saya sukakan kopi KFC. Selama ini kalau minum kopi, mungkin saya akan sakit kepala, tetapi kopi KFC agak ringan barangkali, saya tidak terasa sakit kepala malahan tidak terasa mengantuk. Memang kopi membangkitkan suasana kerana kesegaran yang boleh diberikan oleh secawan kopi dan saya amat mengakui perkara ini, tetapi kopi yang tidak menyakitkan kepala adalah yang terbaik untuk saya.


Untuk yang bekerja di sekitar Petaling Jaya Bandar Baru (New State), boleh lah mencuba hidangan sarapan pagi KFC yang terletak di Jalan Universiti iaitu bersebelahan Universiti Islam Antarabangsa dan di pintu belakang Universiti Malaya (macam promote pula)..Hehehe..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram