Hari ini merupakan hari terakhir saya di institut penyelidikan tempat saya bekerja ini. Sejarah permulaan kerja di sini ialah pada 2 Julai 2009 iaitu kira-kira 10 bulan yang lepas. Banyak pengalaman pahit maung ketika saya menjawat jawatan Pustakawan Kanan di sini. Setelah berhempas pulas memulakan perpustakaan ini dari kosong, dalam masa 2 bulan ia mula dipenuhi oleh rak-rak buku dan secara perlahan-lahan berkembang dengan penambahan buku dan jurnal. Hanya 10 bulan sahaja di sini, saya perlu mengembangkan kerjaya dan mencari sesuatu yang pasti. Selamat tinggal tempat kerjaku!
0 comments:
Post a Comment