Bagaimana Seseorang Graduan Boleh Menjadi Eksekutif Yang Meningkat Naik?

Kepada para graduan yang baru menamatkan pengajian, anda sememangnya bertuah kerana berjaya melepasi halangan-halangan semasa di alam pengajian sehingga anda berjaya memperolehi segulung diploma atau ijazah yang boleh anda gunakan untuk merebut kerjaya idaman! Sebenarnya, realiti pasaran kerjaya bukanlah semudah yang disangka untuk direbut, tetapi anda boleh berjaya menjadi 'orang yang terpilih'. Saya bukanlah seorang yang terlalu hebat, namun alhamdulillah, saya sudah menjawat beberapa jawatan pentadbiran di beberapa buah syarikat.

Anda boleh ambil kira beberapa perkara yang anda patut lakukan, iaitu:
  1. Perindahkan penampilan anda! Belanjakan wang anda untuk pakaian yang kemas dan nampak 'ada harga'.
  2. Kuasailah Bahasa Inggeris. Anda boleh membaca sesuatu artikel berbahasa Inggeris dengan kuat supaya telinga anda dapat menangkap apa yang yang anda baca. Anda pasti ingat jika menggunakan kaedah ini. Jika tidak menjadi, cuba lagi sehingga menjadi.
  3. Amalkan pemakanan yang betul. Dan jangan makan terlalu lahap dihadapan ketua atau eksekutif lain.
  4. Kawal perilaku anda supaya tidak terlalu kearah keremajaan.
  5. Sikap mestilah betul.
  6. Pemikiran mestilah sentiasa positif
  7. Jangan dengar rumours atau berita yang tidak penting
  8. Berhati-hati menyusun kata tetapi ramah dengan semua orang tanpa mengira pangkat
  9. Jangan terlalu bermain dengan e-mel semasa waktu kerja lebih-lebih lagi e-mel peribadi
  10. Ikut semua kehendak ketua anda. Kehendak ketua anda itu pasti align dengan kehendak syarikat. Dengan menurut kehendak ketua, anda sememangnya menurut kehendak syarikat
  11. Cuba hasilkan sesuatu projek yang boleh membuatkan orang lain sedar akan kehadiran anda di syarikat tempat anda bekerja itu!
  12. Berbaiklah dengan semua orang dan jangan cari musuh. Tapi buat baik berpada-pada, jangan sampai anda dipijak pula.
  13. Kekalkan tahap kecemerlangan anda dengan sentiasa membuat sesuatu yang cemerlang.
  14. Jangan buang masa dengan perkara yang tiada kaitan dengan kerja.
  15. Siapkan kerja harian anda pada hari yang sama. Jangan bawa pulang kerja.
  16. Hari cuti adalah hari untuk bercuti, hari bekerja adalah hari untuk bekerja
  17. Fikirkan sesuatu yang menguntungkan sahaja. Kalau anda terpaksa berfikir mengenai kerugian, fikirkan lagi keuntungan yang anda boleh dapat daripada kerugian tersebut.
  18. Fikirkan anak dan isteri serta ibubapa semasa hendak membuat kerja lain yang mungkin memberi kesan kepada kerja anda semasa waktu pejabat.
  19. Fikirkan anak dan isteri serta ibubapa semasa menerima gaji
  20. Fikirkan cita-cita jangka panjang anda
  21. Fikirkan untuk mencipta misi dan visi peribadi anda
  22. Menetapkan matlamat berdasarkan konsep SMART
  23. Sentiasa fokus dan ikhlas terhadap kerja anda

Sebenarnya banyak lagi cara yang baik dan positif untuk menjadikan diri kita seorang eksekutif yang cemerlang dan sentiasa meningkat naik (bukan menjunam turun). Jadi, fikirkanlah apa yang terbaik untuk anda berdasarkan kemampuan anda, kehendak anda dan kematangan anda.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram