Seorang eksekutif yang berkaliber tidak patut menyatakan dua bait perkataaan 'TAK TAHU" sebagai jawapan kepada soalan-soalan yang ditanyakan oleh orang lain kepadanya. Dia mesti tahu apa yang berlaku di sekelilingnya, atau paling tidak, menggunakan common sense untuk menjawab apa yang tidak diketahuinya.
Salah seorang daripada eksekutif di bawah saya hanya tahu mengenai kerja hariannya sahaja. Apabila saya bertanya mengenai sistem automasi pengurusan perpustakaan, beliau memang pakar dan boleh menjawab sebarang soalan, kerana beliau memang terlibat dengan sistem tersebut, tetapi jika saya bertanya mengenai sebarang soalan yang berkaitan dengan pengurusan, beliau tidak tahu. Mungkin kerana beliau benar-benar tidak tahu lantas beliau memang tidak dapat menjawab soalan yang saya kemukakan. Namun, apa yang saya suka ialah cara beliau menjawab soalan tersebut, bukan dengan ayat 'TAK TAHU' sebaliknya beliau menjawab dengan ayat, "Itu Diluar Bidang Kuasa Saya, Encik Amir.." Wah! Itu adalah kata ganti untuk ayat 'TAK TAHU'..!! Sama tapi tak serupa..Tapi saya sukakan jawapan sebegitu walaupun sedikit geram mendengarnya.
Untuk para eksekutif muda di luar sana, cuba cari maklumat mengenai keadaaan di sekeliling anda. Ambil tahu beberapa perkara yang berkaitan dengan diri anda. Ini bagi mengelakkan anda daripada 'TAK TAHU' apa-apa mengenai keadaan sekeliling. Orang akan mengata anda juga kerana anda terlalu asyik dengan dunia anda sahaja tanpa mengambil kira masalah dan senario dunia luar. Ini boleh dilakukan dengan pembacaan, pengamatan, pemerhatian dan sebagainya. Memang anda akan menjadi pakar bidang jika anda terlalu asyik, tetapi sedikit sebanyak, ambil tahu juga keadaan sekeliling. Memang anda banyak disuap ketika di Universiti, tetapi kini di alam pekerjaan, ubah paradigma anda kepada proaktif mencari sesuatu walaupun tanpa disuruh..Sekadar pandangan daripada pengalaman yang sedikit..
0 comments:
Post a Comment