Jika anda suka membeli belah, ada satu petua yang saya pernah dengar daripada isteri saya, iaitu jangan membeli belah ketika lapar, sebaliknya membeli belah ketika kenyang. Saya pun pada mulanya tidak begitu memahami maksud petua tersebut selama beberapa tahun (kerana tidak pernah mengalaminya) sehinggalah satu peristiwa terjadi kepada saya sendiri semalam. Peristiwa itu terjadi ketika saya sedang berurusniaga untuk membeli lensa 50mm 1.8 di sebuah kedai yang terletak di tengah-tengah sebuah kompleks membeli belah di Kuala Lumpur.
Apabila saya sampai di kedai tersebut, saya lihat ada 2 orang pelanggan sedang mencuba kamera DSLR yang ingin dibeli oleh mereka. Sekarang musim main kamera, jadi ramailah yang ingin membeli kamera DSLR. Dan dua pelanggan tersebut yang tiada kena mengena diantara satu sama lain, membawa bersama keluarga mereka sehingga menyebabkan kedai yang kecil itu menjadi terlalu sempit terutamanya di bahagian kaunter. Seorang membeli kamera Canon 500D dan seorang lagi membeli kamera Nikon D5000. Kedua-dua kamera tersebut adalah kamera entry level dan kedua-duanya juga adalah keluaran paling terkini daripada Canon dan Nikon.
Saya yang ingin membeli lensa Canon 50mm 1.8 berasa tersisih kerana tiada pembantu jualan yang ingin melayani permintaan saya. Perut pun sudah lapar kerana pada waktu itu, jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang, walhal kali terakhir saya makan ialah pada waktu sarapan pagi iaitu kira-kira pukul 10:30 pagi semalam. Namun, kerana tidak mahu melakukan kerja dua kali, saya pastikan yang saya membeli lensa tersebut dan kemudiannya barulah saya akan menjamu selera. Namun, ia seakan membawa padah kepada saya.
Jika kita lapar, kita pastinya tidak dapat menumpukan perhatian kepada perkara yang ingin kita lakukan. Ini termasuklah solat dalam keadaan lapar (kecuali sedang berpuasa), ketika membeli belah, ketika dalam peperiksaan dan sebagainya. Pasti perhatian kita akan terganggu kerana kita asyik memikirkan mengenai kelaparan kita. Itulah yang terjadi kepada saya semalam. Ditambah pula dengan kesibukan dua orang pembantu pelanggan yang melayani dua keluarga pelanggan, maka saya yang membayar RM350 untuk lensa RM320 itu tidak mendapat baki RM30 dan saya sendiri terus beredar dari kedai itu tanpa menyedari yang saya perlu mendapat baki sebanyak RM30! Saya tidak teringat dan pembantu pelanggan itupun tidak peka! Saya hanya menyedarinya apabila tiba di medan selera yang terletak di tingkat 6 kompleks membeli belah yang terletak bersebelahan dengan kompleks yang menempatkan kedai kamera tersebut!
Cerita ini bukanlah kerana saya tidak redha atau menyesali kehilangan RM30, saya bersyukur juga sebenarnya kerana harga pelajaran itu adalah RM30 dan mungkin hasilnya adalah lumayan satu ketika nanti. Sebagai hamba Allah yang redha, saya berkongsi cerita ini hanyalah adalah untuk kita memperolehi teladan bahawa janganlah membeli belah ketika perut sedang lapar, kerana kita tidak boleh fokus terhadap program beli belah kita itu. Dan pastinya, membeli belah ketika kenyang adalah jalan terbaik kerana kita tidak akan terlalu terkejar-kejar makanan dan kita akan dapat memberi tumpuan pada program beli belah tersebut.

0 comments:
Post a Comment