Sarapan Pagi : Nasi Lemak atau Nasi Goreng?

Pagi ini semasa bersarapan, saya terfikir di depan gerai makanan di kantin berdekatan dengan pajabat saya, samada saya menjamu selera pagi ini dengan nasi lemak atau nasi goreng. Saya tidaklah berapa tahu mengenai kandungan kolestrol yang terkandung di dalam kedua-dua jenis nasi itu, namun berpendapat bahawa kedua-duanya sama sahaja. Mungkin juga nasi lemak mengandungi lebih kolestrol kerana ia diperbuat daripada campuran nasi dan santan. Nasi goreng pula adalah nasi yang digoreng dengan minyak (memanglah menggoreng tu menggunakan minyak!).

Saya melihat dari sudut lain pula, nasi lemak adalah nasi yang segar kerana ia dimasak pada waktu pagi dan dihidangkan selepas itu. Tetapi nasi goreng, prosesnya lebih rumit kerana kita perlu menggoreng menggunakan nasi yang telah sejuk. Jika menggoreng dengan menggunakan nasi yang baru masak, kemungkinan nasi yang digoreng itu akan melekat-lekat dan tidak ‘presentable’. Maka nasi yang digunakan tentulah dimasak lebih awal daripada nasi lemak itu. Kemungkinan juga nasi yang digunakan untuk menggoreng nasi goreng adalah nasi lebihan semalam kerana kita memerlukan nasi yang telah sejuk untuk memasak nasi goreng! Saya sendiri pernah melihat ada gerai di kawasan rumah saya yang menggunakan nasi ayam lebihan semalam untuk menggoreng nasi, apabila dibawa pulang, saya terpaksa memasak mee segera pula kerana khuatir akan memberi kesan sampingan jika saya memakan nasi goreng tersebut.
Setelah berfikir samada hendak memakan nasi lemak atau nasi goreng, maka saya membuat keputusan untuk memakan nasi goreng kerana mengikut pengalaman saya selama seminggu ini, jika saya makan nasi goreng di gerai tersebut, Alhamdulillah saya tidak pernah sakit perut. Dan daripada pemerhatian saya, gerai itu sangat bersih. Ditambah pula dengan pengamatan saya pada waktu tengahari, jika saya terlewat keluar makan, semua makanan di gerai tersebut pasti habis! Dalam ‘judgement’ saya itu, saya yakin bahawa peniaga tersebut menggunakan nasi yang dimasak pada waktu subuh sebelum menggorengnya dan bukannya menggunakan nasi semalam (harap-harap begitulah). Saya tidak berapa gemar nasi lemak sejak akhir-akhir ini kerana ada terbaca mengenai kandungan kolestrol dan lemak yang ada di dalamnya, lebih daripada nasi goreng.
Akhirnya saya membeli nasi goreng kampung ditambah dengan sekeping telur goreng! Jika anda ingin menjaga kesihatan, makanlah sandwich sahaja..Mungkin esok saya akan makan sandwich juga..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram