Sejak Bila Saya Join Blogspot..?

Saya mencari kembali tarikh sebenar saya mula menyertai blogger.com. Akhirnya ketemu juga dengan tarikh sebenar, ia bukanlah tarikh, tetapi bulan dan tahun sahaja. Saya mula menyertainya sejak Januari 2008. Bermakna saya telah bermula pada awal tahun lepas. Tetapi saya pelik juga mengapa saya hanya mula menulis dari awal tahun ini?
Sebenarnya saya sudah mula menulis sejak pertengahan tahun lepas. Pada waktu itu pengetahuan saya mengenai blog hanyalah setakat tahu ia semacam diari, kerana ramai orang menulis untuk menceritakan mengenai kehidupan sehariannya. Saya menulis mengenai fotografi pada tahun lepas, tetapi saya tidak tahu apa lagi yang mahu ditulis mengenai dunia fotografi walaupun banyak juga idea yang datang mencurah. Maka, bermula dari bulan Februari yang lalu, saya telah merombak semua entri di dalam blog ini dan membuang semua entri yang saya rasakan tidak berapa berguna dan dimulakan dengan entri lawatan saya ke Kuala Terengganu pada bulan tersebut.
Blog bagi saya adalah tempat berkongsi pengalaman. Walaupun ada diantara blog yang saya baca hanya memaparkan sedikit ayat dan banyak gambar, tetapi saya suka juga membacanya. Ada blog seorang rakan isteri saya yang sekarang ini berada di Dublin, memaparkan foto-foto beliau dan isterinya yang menyambung pengajian di sana, membuatkan seakan-akan saya berada di sana juga walaupun saya belum mampu untuk ke sana. Blog saya ini pula berlainan kerana lebih banyak ayat dan kurang gambar, kerana pengalaman saya hanya dalam lingkungan aktiviti saya di Kuala Lumpur dan kadang-kadang di Ipoh apabila saya pulang ke kampung isteri. Ibu bapa saya pula memang orang Kuala Lumpur, jadi saya banyakkan perbincangan mengenai isu-isu yang tidak ada kaitan dengan saya, dan sememangnya saya mengharapkan anda memberi feedback kepada entri 'serius' saya itu.
Insya Allah, kalau ada lebih gambar mengenai sesuatu, akan saya muatkan di dalam blog ini. Saya pun tahu ada diantara rakan-rakan saya yang mengatakan blog saya ini terlalu akademik dan tidak santai. Saya akan cuba untuk menyediakan entri-entri berbentuk santai pada masa akan datang, insya Allah..Sokonglah blog saya yang sederhana ini, insya Allah!

0 comments:

Post a Comment

My Instagram