Serius Sangat Ke Blog Saya Ini?

Saya mendapat maklumbalas daripada seseorang sahabat yang saya kenal bahawa blog saya ini terlalu serius! Saya amati kembali blog saya ini meliputi hasil penulisan saya, gaya penulisan saya, rupa bentuk blog saya, mungkin juga ada kebenarannya. Saya rasa sedikit terharu juga kerana ada juga yang mahu membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Ini cuma ruangan untuk saya bercerita dan berkongsi pengalaman yang saya lalui setiap hari.

Tetapi, maaflah kerana saya tidak seperti orang lain dalam menulis blog (saya menaipnya). Kita selalu melihat bahawa ada juga blog-blog yang terkenal menggunakan pendekatan santai dalam persembahan blog mereka. Ada yang bercerita satu dua ayat dan diselitkan dengan foto-foto sahaja. Ada yang bercerita panjang lebar mengenai kisah ‘diari’ mereka. Dan ada juga yang menulis berjela-jela seperti saya. Saya sedar kemungkinan blog yang panjang lebar seperti blog saya ini kurang pembaca, tetapi tidak mengapalah. Saya dengan cara saya mempersembahkan cerita, soal ramai pembaca atau tidak itu tidaklah saya hiraukan sangat. Asalkan saya dapat berkongsi apa yang bermain di minda saya, itu sudah memadai.

Memang benar, blog yang sensasi memang ramai pengunjungnya. Saya juga sering membaca blog Ohbulan, Redmummy dan blog rakan-rakan isteri saya seperti Ayuarjuna di http://ayuarjuna.blogspot.com/ dan Cik Aida di http://cikaida.blogspot.com/ tetapi pendekatan saya berbeza dengan mereka. Saya jarang mahu mendedahkan kisah kehidupan saya kerana pada pendapat saya, siapalah saya untuk para pembaca membaca ‘diari’ hidup saya. Memang hit kepada blog saya setakat 300 orang sahaja selama sebulan ini (sejak saya meletakkan visitor counter), tidak mengapalah, saya belum mahu ‘terjun’ ke dunia selebriti seperti itu. Kalau saya ceritakan mengenai hal peribadi saya di dalam blog, tentu ia akan mengganggu masa bekerja saya. Walaubagaimanapun saya amat menyanjung tinggi blog mereka, kerana blog mereka memang presentable dan penuh dengan kisah kehidupan harian. Anda boleh klik URL yang akan membawa anda ke blog mereka (kiranya saya tolong promote blog mereka lah ni, hehehe).

Ramai yang menulis blog kerana ingin mendapatkan wang, tidak mengapa, bagus untuk kita mencari wang, ataupun mungkin mahu jadi terkenal. Memang benar, ada blogger yang buat wang hanya dengan menulis blog. Saya menulis blog tidaklah sampai mahu mencari wang, kerana saya perlu berkongsi bermacam-macam pengalaman pula kalau saya serius mahu mencari wang dengan blog. Sampaikan saya makan apa pada waktu malam atau muka saya semasa bangun tidur pun terpaksa diceritakan di dalam forum? Persoalannya, siapakah saya untuk para pembaca mengetahui kisah peribadi saya? Cuma insan biasa sahaja..Huhuhu..

Akhirnya biarlah saya bersederhana dalam segala aspek kehidupan saya, itulah yang dituntut oleh agama kita. Biarlah blog saya sederhana sahaja, tanpa adanya unsur-unsur selebiti di dalam blog saya (walaupun dicop blog yang serius, hehehe).

0 comments:

Post a Comment

My Instagram