Soalan saya dan ramai orang terhadap para pengguna jalanraya yang suka memotong barisan ialah "Wajarkah Memotong Barisan Di Jalanraya?"
Jawapannya sudah tentu tidak! Kerana apa? Kerana orang lain pun sudah bersusah payah beratur, mereka ini dengan mudah dan murahnya memotong barisan? Apakah yang akan anda lakukan jika ada pemandu yang memotong barisan anda setelah anda berpenat dan bersabar untuk beratur sejauh satu kilometer? Yang memotong itu tidak pun beratur sejauh satu kilometer seperti anda, tetapi dengan mudahnya memasuki barisan di depan kereta anda!
Mereka ini selalu fikir nak mudah sahaja dalam apa jua keadaan dan apa jua pekerjaan yang mereka lakukan. Kalaupun mereka terdesak untuk mengejar masa, mereka mesti sedia maklum bahawa orang lain juga mempunyai banyak perkara dan hal yang mesti dikejar. Orang lain juga ada perkara yang perlu diselesaikan. Dan orang lain juga mempunyai masa 24 jam sehari seperti mereka. Namun mereka dengan mudahnya memotong barisan yang anda telah usahakan sejauh satu kilometer itu. Adakah anda akan memberikan laluan? Adakah anda merelakan sahaja perbuatan mereka memotong barisan? Adakah anda sanggup dianggap bersubahat oleh pemandu di dalam kereta di belakang anda kerana membenarkan orang lain memotong barisan?
Jadi, dalam masa kita memandu kereta, berhati-hatilah dengan pemandu yang mempunyai sikap buruk seperti ini. Jika anda terlalu rapat dengan kereta hadapan dengan tujuan tidak mahu memberikan peluang kepada si pemotong barisan itu dan anda tidak berhati-hati, ada kemungkinan juga anda akan melanggar bumper belakang kereta di hadapan anda itu. Jadi, berwaspadalah ketika menghadapi pemandu seperti ini. Mereka ada di mana-mana sahaja. Mereka menganggap orang lain tidak sesibuk mereka. Mereka itulah yang menggalakkan budaya samseng jalanan yang boleh membuatkan orang lain yang merana. Berhati-hatilah selalu.

0 comments:
Post a Comment