Motivasi Dari Semut..

Anak saya telah menumpahkan atau menjatuhkan beberapa butir kraker Twiesties di atas lantai, yang saya tidak menyedarinya. Saya hanya menyedarinya apabila terlihat beberapa ketulan Twisties tersebut di atas lantai dan dikerumuni oleh 3 ekor semut yang sangat kecil. Saya terfikir di dalam hati, mampukah semut ini hendak mengangkat ketulan Twiesties itu dengan tenaga 3 ekor semut sahaja?

Saya terfikir lagi, rajin benar semut-semut ini merayap mencari makanan walaupun pada hari Ahad ini, hehehe..Sedangkan saya berehat-rehat sahaja melayari internet pada pagi-pagi Ahad ini. Ye, mungkin sebentar lagi saya, isteri dan anak akan keluar untuk bersarapan di luar, sama seperti yang dilakukan oleh semut-semut ini, tetapi tidaklah 24 jam hendak merayap sahaja mencari makanan.

Saya kemudiannya mengambil satu resolusi, semut-semut ini rajinnya bukan kepalang, 24 jam merayap mencari makanan, entah berapa minit sahaja mereka tidur, kalau mereka tahu tidur. Mereka merayap-rayap tanpa mengira sempadan daerah dan masa dalam berusaha mencari keperluan kehidupan mereka sedangkan kita yang menjadi khalifah Allah ini ada yang tidak mahu berusaha untuk mencari pekerjaan, mencari peluang dan mencari kesenangan. Semut-semut itu merayap tanpa mengenal penat lelah dan apabila berjumpa dengan peluang (ketulan Twiesties itu), mereka mengerumuninya walaupun mereka perlu berfikir terlebih dahulu bagaimana untuk mengangkat makanan itu ke rumah mereka?

Yang penting ialah, kita semua perlu sentiasa 'merayap' untuk mencari peluang kerana sudah pastilah ketulan Twiesties itu tidak datang bergolek dengan sendirinya ke depan rumah-rumah semut itu, kan? 'Merayap'lah selagi terdaya di dalam hidup ini sehingga bertemu dengan pelbagai peluang! Peluang adalah untuk dicari, bukannya peluang yang datang mencari kita! Walaupun pekerjaan saya sekarang didapati dengan cara bos saya yang menelefon saya, tetapi sebenarnya saya sudah menjalani temuduga selama 3 tahun iaitu pada tahun 2007, kali kedua pada awal tahun 2008 dan yang ketiga sebelum ditawarkan jawatan ini pada bulan April 2009 yang lepas..Perit tetapi yang didapati itu indah bukan kepalang, syukur kepada Allah Subhana Wata'ala kerana rezeki dan tanggungjawab yang indah ini..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram