Selamat Tinggal 'Ulu Yam'..

Hari ini adalah hari terakhir saya untuk meletakkan kereta di Ulu Yam (istilah kepada tempat letak kereta yang amat jauh, sejauh 1 kilometer dari pejabat saya) kerana pada hari ini (setelah menunggu selama 2 bulan) saya mendapat tempat letak kereta yang dikhaskan (reserved parking) untuk saya. Saya amat berterima kasih kepada majikan saya yang telah memberikan saya bermacam-macam kelebihan sebagai pekerja. Mungkin inilah yang dikatakan dream job, dan ini adalah amanah dari Allah S.W.T.

Pagi tadi saya baru mendapat kad untuk tempat letak kereta yang berada satu tingkat sahaja dari pejabat saya. Pagi tadi saya agak sibuk untuk pergi mengambil kereta di Ulu Yam itu, dan saya hanya dapat melakukannya pada waktu tengahari. Berjalan kaki lah saya sejauh 1 kilometer di bawah terik matahari. Tetapi tidak mengapa kerana saya sudah biasa. Setelah diduga selama 2 bulan untuk berebut tempat letak kereta bersama para pekerja dari syarikat-syarikat lain yang sama-sama menyewa di bangunan ini, kesabaran saya dibalas dengan nikmat.

Lihatlah foto-foto di bawah ini. Perjalanan saya dari tempat mengambil kereta di ‘Ulu Yam’ sehinggalah saya dapat meletakkan kereta di tempat yang dikhaskan untuk saya. Terima kasih majikanku! Aku tidak akan mengecewakanmu sebagaimana aku tidak mahu mengecewakan isteriku, anakku, ibubapaku dan adik beradikku..Sayalah harapan mereka! Kerja yang ada mesti dijaga untuk sentiasa berada di atas. Sebarang anasir sampingan seperti kerja sampingan dan aktiviti sampingan mestilah ditolak tepi mulai hari ini.


Semasa berjalan kaki ke 'Ulu Yam'

Ternampak sepasang sandal Crocs di atas tanah. Tak tahu siapa punya..

Crocs Betul Nih!!!

Kereta yang diletakkan di bawah cahaya matahari..

Sedang memandu ke arah bangunan yang menempatkan pejabat saya!


Berjaya meletakkan kereta di 'Reserved Parking'

0 comments:

Post a Comment

My Instagram