
Setelah isteri saya membeli kereta bersesaran 1.3 dan bertransmisi Auto, saya jadi teruja melihat kereta itu. Kereta yang amat popular saat ini di Malaysia, iaitu Proton Saga BLM. Teruja kerana melihat kereta itu sungguh cantik ciptaannya. Dan pula saya sudah tidak memandu sebarang kereta bertransmisi Auto sudah 4 tahun lamanya. Tempoh masa yang cukup lama. Saya mengambil masa hampir 2 jam untuk membiasakan diri dengan kereta tersebut, dan sentiasa mengingatkan tangan kiri dan kaki kiri saya usah terlalu banyak bergerak, kerana kereta itu kereta bertransmisi auto.
Kali pertama saya memandu kereta auto ialah pada awal tahun 2005. Selama sebelum itu selepas mendapat lesen memandu, saya hanya tahu memandu kereta bertransmisi manual. Kereta bertransmisi manual saya boleh anggapkan lebih pick up berbanding kereta bertransmisi auto. Tetapi, apabila kereta bertransmisi manual berkebolehan untuk lebih pick up berbanding auto, lama-kelamaan bahagian dalamannya akan menjadi longgar dan mengeluarkan bunyi-bunyi yang tidak menarik dan mengganggu perhatian semasa memandu kereta. Mulalah pemilik kenderaan tersebut berasa bosan dengan kenderaan yang dimilikinya itu. Berlainan pula halnya kereta bertransmisi auto yang kurang daya tarikan akibat pick up yang agak lemah, bahagian-bahagian dalamannya agak terpelihara walaupun untuk sebuah kereta yang sudah menjangkau usia 10 tahun. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Memandu kereta auto, dapat merehatkan tenaga dan juga minda saya sekali semasa memandu. Ini kerana kurangnya pergerakan tangan kiri dan kaki kiri semasa memandu kereta tersebut. Kemudahan dan kesenangan itu membuatkan pemanduan kereta terasa selesa sehingga sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Dengan hembusan dari pendingin hawa yang mengeluarkan angin separa sejuk telah menambahkan keselesaan memandu kereta auto. Dengan sistem suspensi yang menyerap setiap hentakan dan lubang di jalanraya dengan senyap sekali, keselesaan memandu kereta auto tersebut boleh dikatakan tiada taranya. Cumanya, kereta bertransmisi auto agak kuat menelan minyak berbanding kereta bertransmisi manual.
Jika anda memiliki bajet yang lebih dan inginkan keselesaan, boleh dikatakan bahawa kereta bertransmisi auto memiliki lebih banyak kelebihan berbanding kereta yang bertransmisi manual!
2 comments
ya, memandu kereta auto nie tak perlu pikir pasai clutch.. kalau ikutkan, kereta manual lagi pickup dari auto...
ReplyDeletesebab ada changing gear tu...
tuan nie ITM dulu batch mana?
PM berapa?
Saya LS20..Masuk Nov 1997, keluar Mei 2001..Tuan pulak?
ReplyDelete