Dunia penulisan merupakan satu bidang yang tidak memerlukan kos yang tinggi untuk melibatkan diri di dalam nya. Dengan hanya sekeping kertas dan sebatang pen, kita sudah boleh menjadi penulis. Di zaman teknologi maklumat terkini, semua orang mampu untuk menjadi penulis kerana kemampuan mereka memiliki komputer riba yang senang di bawa ke mana-mana. Malahan, telefon bimbit terkini juga mampu menjadi agen penulisan kerana kita boleh menulis menggunakannya sebelum boleh dipindahkan ke dalam komputer riba. Cumanya, ia bergantung kepada kemahuan kita samada kita mahu menulis atau tidak.
Isu dalam dunia penulisan ialah, layakkah seseorang itu menjadi penulis? Layakkah seseorang yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di universiti untuk menulis sebuah buku? Sebenarnya, tiada masalah untuk seseorang itu menulis buku, tiada isu layak atau tidak untuk seseorang itu menulis buku atau artikel, asalkan dia tahu apa yang hendak ditulisnya atau apa yang hendak disampaikannya kepada audien. Tidak salah sekiranya seseorang pelajar yang berumur 12 tahun untuk menulis sesuatu artikel di dalam majalah asalkan ada audien yang berminat untuk membaca artikel tulisan pelajar tersebut. Kredibiliti dalam penulisan boleh dibina dengan pembacaan, pemerhatian, aktif dalam aktiviti rujukan, pengalaman dan sebagainya, yang boleh menarik minat orang lain untuk membaca artikel yang kita tulis. Jika tidak, bahan penulisan yang kita hasilkan tidak dapat menarik perhatian orang lain untuk membacanya.
Untuk menjadi seorang penulis yang berwibawa, seseorang penulis itu mestilah mengaitkan penulisannya dengan isu-isu terkini bagi menarik perhatian pembaca, jika seseorang penulis itu menulis sesuatu penulisan yang lapuk atau yang sudah tidak relevan dengan isu semasa para pembaca, ia mungkin tidak dibaca oleh kelompok pembaca. Ia juga mestilah ditulis dengan memasukkan unsur-unsur pemikiran kritis dan kreatif bagi mencabar minda pembaca. Jika tidak, hanya dua minit sahaja diperlukan oleh pembaca untuk menghabiskan pembacaan artikel yang ditulis oleh seseorang penulis itu. Begitu juga dengan buku, hanya setengah hari sahaja yang diperlukan untuk menghabiskan pembacaan buku tersebut seperti buku-buku fiksyen, komik dan bahan bacaan mudah yang lain.
Jadi, untuk menjadi penulis, kita mestilah mempersiapkan diri kita dengan ilmu di dada, selain mengetahui isu-isu semasa dan juga tahu apa yang hendak ditulis. Menulis sesuatu berdasarkan bidang yang diceburi juga boleh membantu dalam penghasilan bahan penulisan yang mampu menarik minat pembaca untuk membacanya. Dalam hal ini, bekerja bersungguh-sungguh dan mencari seberapa banyak ilmu di dalam bidang yang diceburi adalah perkara penting untuk menjadikan seseorang penulis itu mempunyai kredibiliti untuk menulis. Mensasarkan fokus audien tertentu seperti golongan remaja, golongan pekerja sokongan dan sebagainya juga boleh membantu dalam menghasilkan sebuah bahan penulisan yang baik.
Menjadi seorang penulis juga boleh membantu kita untuk menjadi seorang yang berilmu kerana kita sentiasa berkongsi ilmu dengan orang lain dengan ilmu yang kita perolehi atau miliki. Pesan Rasullullah S.A.W kepada kita untuk menyampaikan ilmu walaupun dengan satu ayat perlulah kita praktikkan dalam penulisan kita. Tidak perlu menunggu sehingga menjadi terlalu pakar untuk menulis, cukup sekadar kita mendapat satu ilmu, kita sampaikan sahaja kepada orang lain supaya ia boleh berkembang menjadi ilmu baru atau ilmu yang diperbaiki. Bukanlah mengharapkan agar nama kita menjadi terkenal, tetapi dengan perkongsian ilmu melalui penulisan, kita akan dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu di dalam masyarakat sejagat.

0 comments:
Post a Comment