Semenjak dua menjak ini, saya sering mendengar lagu-lagu lama terutamanya yang dinyanyikan oleh kumpulan legenda terhebat di dunia iaitu Abba. Saya sering mendengar lagu pop rancak yang amat masyhur di zaman bapa saya iaitu Dancing Queen. Saya mendengarnya berulang-ulangkali sehinggalah saya letih. Kemudian akan disambung lagi pada waktu sebelum tidur, saya akan mendengar satu lagu itu dan diulang-ulang sehingga saya tertidur. Saya sukakan kenangan silam. Memang saya sentiasa rindukan kenangan silam. Mengingati kenangan silam adalah satu rutin saya saban malam. Mengingati kenangan silam merupakan cara saya memikirkan mengenai diri saya pada masa depan. Jika anda mengikuti atau membaca perihal band Abba ini di Wikipedia, laman-laman web dan laman berita, anda akan dapati betapa indahnya zaman mereka mula-mula menapak naik sehinggalah menjadi masyhur. Lihat juga wajah-wajah muda mereka sehinggalah wajah mereka yang terkini. Lihat garis masa yang telah dilalui oleh mereka.
Apa yang kita boleh jadikan kenangan itu sebagai alat untuk mengukur masa depan kita ialah, kita lihat sahaja perjalanan masa kumpulan ini. Atau mungkin juga kumpulan yang anda minati. Kita lihat mereka melalui zaman mereka dari tahun 1972 sehingga sekarang. Walaupun kumpulan Abba ini lahir beberapa tahun sebelum saya dilahirkan ke dunia ini, disebabkan bapa saya juga mendengar lagu-lagu ini di zaman muda beliau, saya jadi terikut-ikut dengan fenomena ini. Kenangan boleh menjadikan kita kuat pada masa hadapan. Lihat perjalanan hidup mereka. Lihat wajah mereka yang berubah dari muda menjadi lebih dewasa. Kita adaptasikan dalam kehidupan kita. Kita lihat pula diri kita semasa kita di sekolah dulu, sehinggalah sekarang kita sudah berkahwin dan mempunyai anak. Apakah pencapaian kita setakat ini? Adakah kita sudah mampu membeli rumah baru? Atau kita sudah mencapai satu tahap yang kita kehendaki?
Jika kita lihat usia kita, dari remaja sehinggalah kita berusia 30 tahun, kita adaptasikan apa yang telah dilalui oleh kumpulan muzik yang kita minati. Sebagai contoh, kumpulan Abba telah melalui pelbagai pahit maung bersama sehingga mengambil keputusan untuk berpisah, kemudiannya bertemu semula di sebuah filem yang amat popular sedikit masa dahulu iaitu ‘Mamma Mia’. Baik, kita adaptasikan kepada kehidupan kita pada masa hadapan. Jalan dihadapan masih lagi jauh untuk kita. Barangkali kita tidak pernah memikirkannya melainkan kita hanya memikirkan mengenai keseronokan yang kita alami sekarang. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi masa depan yang penuh mencabar dan berliku nanti? Seperti biasa, tiada tangan lain yang boleh membantu kita dalam menghadapi kehidupan masa depan melainkan dengan tangan, kudrat, tenaga dan kemahuan kita sendiri. Untuk mencapai kejayaan yang gilang gemilang seperti yang ditempuhi oleh kumpulan Abba bukanlah mudah, hanya calang-calang orang sahaja yang melakukannya. Calang-calang orang itu boleh jadi sesiapa sahaja yang berkemahuan, dan kita juga boleh menjadi calang-calang orang itu, asalkan kita ada kehendak untuk mencapai apa yang kita mahukan.
Akhirnya, kita fikirkan juga bagaimana dan di mana kita pada usia tua kita? Adakah kita akan memperolehi kejayaan demi kejayaan, atau kita masih di takuk lama. Ya, kenangan adalah kenangan, yang akan kita tinggalkan pada masa lepas. Tetapi kenangan juga boleh membuatkan kebanyakan orang menyesal, kerana tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi masa depan yang mencabar. Kita perlu memulakannya pada masa ini, bukanlah menangguhkannya lagi. Kerana sebarang penangguhan adalah kerugian kerana masa itu emas. Ia tidak boleh dikembali walaupun dengan emas. Janganlah kita menyesal di kemudian hari kerana kelekaan kita sekarang. Dan untuk itu, marilah kita merenung kembali pepatah orang-orang tua yang berbunyi “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”

0 comments:
Post a Comment