Mulai 1 Julai ini, kira-kira 150,000 pengawal keselamatan akan menikmati gaji pokok di antara RM1,100 hingga RM1,450 sebulan iaitu kenaikan antara 67 hingga 75 peratus. Ini satu perkembangan yang baik. Selama ini saya sering mendengar dari pakcik guard yang menjaga keamanan dan keselamatan di sesebuah tempat atau bangunan, rata-rata daripada mereka mengatakan gaji mereka tidak cukup.
Yelah, kalau nak dikirakan dengan perit jerih mereka menjadi jaga, ada yang bertaruh nyawa menjaga bank dan tempat-tempat yang berisiko, pemilik-pemilik syarikat keselamatan (tidak semua lah) ambil lewa sahaja mengenai kebajikan pekerja mereka. Mereka mengenakan caj tinggi kepada syarikat yang hendak menggunakan perkhidmatan mereka, tetapi dihantar pula pengawal keselamatan yang bergaji RM250-RM400 sahaja. Kalau nak gaji lebih, kena buat OT (kerja lebih masa) selama 4 jam sehari, untuk setiap hari dalam sebulan, barulah boleh beroleh gaji sebanyak RM750-RM900. Adakah itu berbaloi?
Sepatutnya, para pengawal ini yang berada di barisan hadapan, kadang-kadang membantu kaunter bank dengan memberikan borang keluar masuk duit, membantu orang tua masuk ke premis bank, membantu itu dan ini, bagilah mereka gaji lebih sikit. Kalau yang bekerja di bank pula, lagilah berisiko tinggi, nyawa dah separuh dipertaruhkan, kaki sebelah dah booking ke penjara, bagilah gaji dalam RM2000 seorang ke, RM3000 seorang ke, ini bagi RM400 sahaja paling tinggi?
Industri keselematan ni terpaksa kerajaan pula yang selamatkan. Terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam yang mengangkat martabat para pengawal yang berhempas pulas menjaga keselamatan dan boleh dikatakan juga, membantu polis dalam menjaga keselamatan di tempat mereka bertugas. Syabas diucapkan!
Semoga dengan kenaikan ini, para pengawal tidak lagi dipandang sebelah mata sahaja oleh orang ramai. Mereka pun manusia juga, kena dihormati. Kita mesti menghargai sumbangan mereka. Insya Allah..

0 comments:
Post a Comment