Mi Segera Ganti Nasi?

Saya terbaca akhbar atas talian Utusan Malaysia hari ini (23 April 2010) yang ada memaparkan berita mengenai kemungkinan mi segera menggantikan nasi sebagai makanan ruji di dunia? Adakah begitu? Berdasarkan penjualan mi segera yang berjumlah RM25 bilion di seluruh pada tahun lepas, mungkin juga akan terjadi begitu. Kita pun dapat melihat bagaimana mi segera ini banyak dibeli oleh golongan berpendapatan rendah, pelajar sekolah, pelajar IPT dan para eksekutif yang terlalu sibuk di pejabat sehingga tidak sempat untuk makan tengahari.

Kalau diandaikan mi segera akan menjadi makanan ruji dunia, tiada apa salahnya pun bagi saya. Kerana ia menjimatkan masa untuk menyediakannya. Harganya pun lebih murah. Tetapi, ia mestilah bersyarat. Antara syaratnya ialah mi tersebut perlulah dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkhasiat. Jika mi tersebut kosong dan tiada khasiat, apalah gunanya untuk kita makan mi segera.

Kandungan rempah dan bahan perisanya mestilah bebas dari MSG yang boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan kita. Saya tidaklah mengetahui secara mendalam mengenai kesan buruk MSG, tetapi sekiranya MSG ditiadakan di dalam bahan perisa atau rempah mi segera itu, apa salahnya ia dijadikan makanan seharian?

Tetapi, bolehkah kita yang sudah berjiwa nasi ini untuk makan mi segera sahaja setiap hari? Bolehkah tekak kita menerimanya? Saya rasa agak sukar juga, kecuali kalau ia dinikmati sekali sekala sahaja. Kalau hari-hari makan mi segera, bosan juga. Tepuk dada, tanyalah selera.

1 comments

  1. huhuh, bullet tekak melayu..nak kene makan nasik gak...kalau sehari xmakan nasik, cam leh pitam la

    ReplyDelete

My Instagram