Kadang-kadang, perkara yang besar dan yang penting boleh saja ditutupi oleh banyaknya perkara yang kecil..Sehingga orang tidak menyedari kepentingan mereka malahan dibutakan pula matahati mereka oleh perkara yang kecil-kecil itu..Ini sering terjadi kini, apabila manusia dibutakan mata hati mereka untuk melihat kebenaran, yang haq, yang sepatutnya difikirkan tetapi tidak difikirkan. Maka apa yang terjadi dan telah terjadi ialah, kehidupan menjadi kacau bilau walaupun nampak seperti aman damai sahaja.
Sering kita baca rasa hati orang lain mengenai luahan hatinya, perit jiwanya dan gundah gulana menuruti arus hidup yang penuh dengan dugaan dan cubaan bukan sahaja yang dihadapinya, tetapi juga yang turut menghimpitnya tanpa rela sehingga rasa ingin mahu lari keluar itu membuak-buak melalui pertuturan dan perbuatan. Rasa amat tertekan kerana haqnya dicabuli, orang lain merentap-rentap apa yang orang lain sepatutnya nikmati. Ramai yang sudah melakukan sedemikian kerana tuntutan kehidupan yang lebih baik, walaupun tidak mendapat keistimewaan, tetapi cukuplah dapat meneruskan kehidupan dengan pengertian kebahagiaan dan kemerdekaan.
Barangkali ramai yang tutup mata kerana tidak mahu campur, tidak mahu tanggung apa-apa risiko atau malas untuk bercakap lagi. Terpaksa meneruskan kehidupan di daerah tertentu adalah keterpaksaan yang pasti. Orang lain sedang bergembira dibiarkan sahaja, asalkan dapat mengutip sedikit sisa-sisa daripada haqnya barangkali itu sudah memadai. Apa yang boleh dilakukannya lagi? Bak kata orang "kalau dah tak suka, pergi sajalah dari sini" Si tukang sorak pun turut sama berkokok riang walaupun mereka sendiri pun dinafikan dalam tak sedar, apa boleh buat, hidup perlu diteruskan disamping menang sorak, kampung tergadai.
Menjalankan agenda semestinya memerlukan ahli-ahlinya yang berbakat. Tidak mungkin pengakhir sesuatu itu cantik sedangkan permulaan dan pertengahannya tidak cantik. Untuk mencantikkan, maka ahli-ahli pakar bidang perlu diberi peluang menggantikan perencana agenda yang dikatakan gagal dan berkepentingan sendiri. Bermuhasabah dan bertanggungjawablah demi memastikan survival diteruskan dengan penerimaan mutlak dari orang lain..
0 comments:
Post a Comment