Sebenarnya, bagi kebanyakan orang, kalau masih berjaga lebih daripada pukul 1 pagi, maka akan terlajaklah dia sampai ke pukul 5 pagi, masih terjaga dan menjadi burung hantu. Yang menyiapkan kerja-kerja part time tu, tak mengapalah, kerana terang-terang akan membuahkan wang tambahan dan berbaloi rasanya berjaga malam. Tapi bagaimana pula halnya dengan orang-orang yang tidur terlalu lewat hanya melayan chatting, Facebook, lepak, disko dan sebagainya, yang pastinya tidak memberikan apa-apa pulangan dari segi kewangan? Tentu merugikan saja.
Saya juga, apabila terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat atau kerja-kerja kedua saya iaitu fotografi, terasa letih yang amat sangat apabila terjaga di waktu subuh nanti. Kerana badan kita tidak mendapat rehat yang mencukupi, maka penyakit lain mudah menjengah kita, jadi kita mestilah berhati-hati. Bak kata pakar kesihatan, tidur mestilah cukup, di samping memastikan pemakanan yang seimbang. Jika tidur tidak seimbang, bagaimana kita boleh mampu untuk menghasilkan kecemerlangan yang hebat?
Gunakan pemikiran di bawah sedar kita untuk mengawal diri kita. Penumpuan terhadap kehendak yang kita kehendaki pastinya membuahkan hasil. Contohnya, jika kita 'berbicara' dengan diri kita dan dengan tegasnya kita menyatakan yang kita hendak tidur tepat jam 12, arahan seperti itu pasti menjadi kerana kita sendiri yang telah memberikan arahan kepada diri kita untuk tidur pada jam 12 tengah malam. Memang bunyinya agak pelik, tetapi jika kita tegas kepada diri kita, kita mungkin boleh mencapai kejayaan yang kita harapkan.
Oleh itu, jadikan diri kita sendiri sebagai pengawal kita. Jangan jadikan alasan lagi sekiranya ita susah untuk tidur. Beritahu diri kita bahawa kita hendak tidur sebentar lagi. Sekiranya hati kita menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk tidur, 'berikan arahan' kepada diri kita untuk tidur dengan segera. Katakan "saya hendak tidur sekarang!" dan mata kita akan juga turut menuruti arahan yang kita berikan. Pastinya, dengan cara ini, kita boleh mendisiplinkan diri kita supaya kita tidak mendapat mudarat pada esok hari seperti mengantuk, kesihatan terganggu dan sebagainya. Jadi, tidurlah sekarang..
0 comments:
Post a Comment