Sijil atau Tak Sijil..Bergantung Kepada Situasi Anda!

Apabila menemankan isteri saya ke kelas Master nya di Shah Alam, saya seringkali terfikir, bila pula saya hendak menyambung pengajian ke peringkat Sarjana? Umur semakin meningkat, dah 33 tahun pun, kerja pun sudah menghampiri 10 tahun, tapi masih lagi memegang ijazah sarjana muda sahaja. Ya, untuk bergerak ke depan dan cemerlang dalam pekerjaan, kita perlu menambahkan sijil yang ada. Bak kata orang putih, untuk 'added value'..Penambah nilai untuk diri kita barangkali sijil, atau kemahiran baru, bergantung kepada apa yang kita inginkan.

Namun begitu, mendapatkan sijil barangkali bergantung kepada situasi kita. Situasi itu boleh dikatakan keperluan kerjaya kita, atau keperluan syarikat kita yang inginkan semua pekerjanya memiliki ijazah kedua, atau mungkin juga kita sendiri yang hendak menyambung pengajian tanpa paksaan daripada syarikat tempat kita bekerja tetapi kita yang ingin menyambungnya kerana Allah Subhana Wata'ala..Sebab yang ketiga adalah sebab yang terbaik, tetapi tidak salah sekiranya kita menyambung pengajian kerana tuntutan kerja, bagus juga kalau kita memiliki ijazah sarjana.

Kita tidak seharusnya memandang ijazah sarjana atau yang paling tinggi iaitu ijazah kedoktoran sebagai membebankan kita. Cuba untuk tambahkan sijil yang ada, tetapi ingat, janganlah sesekali kita mengatakan bahawa hanya dengan sijil boleh membuatkan kita berjaya. Peniaga nasi pun boleh mengembangkan perniagaannya ke tahap memiliki restoran dan mempunyai kekayaan lebih daripada seorang pelajar Master. Kita tidak boleh memandang rendah kepada orang lain sekiranya kita memiliki ijazah sarjana satu hari nanti. Dan apabila sudah memperolehi ijazah kedua nanti, jangan pula bangga diri ke sana sini atau bingkas menjawab apabila ditanya untuk berbangga-bangga.

Sebenarnya, memiliki ijazah Master merupakan satu perkara yang diimpikan oleh kebanyakan orang, terutamanya yang bergiat dalam bidang pendidikan. Namun, jangan kita terlalu attach atau obses pada sijil kerana ianya hanya pengiktirafan kepada usaha kita, lalu kita dianugerahi dengan sijil, tetapi jangan biarkan hidup kita ini terlalu berharap kepada sijil, berusahalah untuk mencapai kejayaan kalaupun kita tidak memiliki sijil kerana keperluan memiliki sijil adalah bergantung kepada situasi yang kita hadapi, samada kita sangat-sangat perlukan sijil atau hanya perlukan lebih usaha untuk menjadi kaya dan mencapai kejayaan.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram