Awal tengah malam tadi saya keluar membawa adik saya yang tidak sihat ke Jabatan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur. Saya tidak menyangka bahawa lawatan saya malam tadi telah menyebabkan saya menyaksikan ramai orang yang terlibat dengan kemalangan terutamanya yang melibatkan penunggang motosikal berada di jabatan berkenaan.
Kebetulan malam tadi hujan turun dengan lebatnya sehingga menyebabkan jalan menjadi licin. Jadi, semestinya kita sebagai pengguna jalanraya berhati-hati semasa menggunakan jalanraya yang licin. Ada kemungkinan juga penunggang-penunggang motosikal tersebut tersalah tunggang dengan begitu laju sehinggakan ada yang koyak-koyak kulit badan mereka kerana terjatuh daripada motosikal. Ada yang patah jari tangan mungkin kerana tersalah jatuh semasa menunggang motosikal di atas permukaan jalanraya yang licin.
Kita mestilah berhati-hati terutamanya ketika jalan licin akibat daripada hujan yang turun, malahan, ketika tiada hujan pun seharusnya kita menggunakan jalanraya dengan lebih berhati-hati, supaya malang tidak mengundang. Hidup hanya sekali, jadi wajiblah kita menjaga nyawa yang diberikan untuk memberi manfaat kepada orang lain, bukannya menggunakan jalanraya secara berbahaya yang boleh mengancam keselematan pengguna jalanraya yang lain.

0 comments:
Post a Comment