Hidup kita ini adalah di atas satu garisan lurus masa, atau paling tepat ialah usia kita. Kita melaluinya sejak lahir ke dunia ini, kita dibesarkan, kita ke sekolah, kita memasuki universiti, kita bekerja, kita berkahwin, mempunyai anak, sehingga anak dewasa, kita bersara dan hidup dalam persaraan sehingga kita ke usia tua. Barangkali ramai di antara kita yang hanya memikirkan hendak jadi apa, atau apa projek jangka pendek yang hendak dibuat tanpa memikirkan masa depan yang lebih jauh lagi.
Sebelum terlewat, marilah kita membuat keputusan besar di dalam hidup kita, supaya hasil yang kita perolehi adalah besar juga. Kita tidak boleh hanya memikirkan apakah projek yang ingin kita laksanakan esok, tetapi perancangan kita mestilah besar juga. Untuk mencapai tujuan itu, maka kita hendaklah berani membuat keputusan akan apa yang ingin kita lakukan untuk masa depan kita. Sebarang penangguhan dalam membuat keputusan akan membuatkan kita menyesal seumur hidup kita. Jangan tunggu lama, buatlah sebarang keputusan untuk perubahan di dalam hidup kita mulai sekarang dan jangan tangguhkannya lagi.
Janganlah hanya mengikut arus perjalanan usia kita sehingga tanpa kita sedar, kita sudahpun sampai ke penghujung usia tanpa memperolehi apa-apa. Pada masa itu, sebarang keputusan yang ingin kita buat barangkali sudahpun terlewat kerana kita sudah tidak ada upaya seperti semasa muda dan anak-anak pun sudah semakin membenci kita kerana kesusahan mereka untuk memelihara kita. Pasa masa itu, tangisan kita pun tidak lagi dihiraukan. Lakukan perubahan sekarang dengan membuat keputusan yang menukar kita daripada orang biasa kepada orang yang luar biasa mulai sekarang!
0 comments:
Post a Comment