Buku Sulung Saya 'Siapa Kita 10 Tahun Lagi?'



Akhirnya, buku bergenre motivasi yang saya tulis dengan bantuan idea yang Allah telah curahkan telah siap dicetak oleh penerbit buku tersebut iaitu Must Read Sdn Bhd. Syukur Alhamdulillah, dengan bantuan Allah SWT, cita-cita saya untuk menghasilkan sebuah buku telah dapat dicapai. Matlamat saya sebelum ini ialah ingin menghasilkan sebuah bahan bacaan yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai sekurang-kurang penghujung tahun ini, tetapi Alhamdulillah, ia ditakdirkan untuk siap pada bulan Jun ini. Alhamdulillah..

Kalau selama ini saya hanya menulis di blog saya sahaja, ada baiknya kalau saya juga menghasilkan buku yang lebih dianggap rasmi untuk tatapan anda semua..

Sekarang saya dan sahabat-sahabat saya serta mungkin juga anda sedang menunggu ia memenuhi rak-rak di kedai buku MPH. Semoga ia berjaya di pasaran dan dapat memberikan manfaat kepada anda semua, iaitu bakal pembaca buku sulung saya ini, insya Allah..

6 comments

My Instagram