Terkejut Mendengar Mengenai Pelajar Cemerlang Tersebut..


Saya telah diberitahu di dalam laman sosial Facebook berkenaan seorang pelajar yang amat cemerlang di dalam peperiksaan SPM beberapa tahun yang lalu, dimana pelajar tersebut telah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di sebuah universiti tekemuka di Eropah.

Terkejutnya bukan kepalang adalah kerana sejak awal kemunculan beliau di media perdana, saya amat mengagumi beliau, dimana tanda aras kecemerlangan di dalam peperiksaan bukanlah diukur dengan sekolah tempat seseorang pelajar itu belajar, tetapi adalah kerana kehendak hati. Kalau kita berkehendak terhadap sesuatu pencapaian luar biasa, insya Allah kita boleh mencapainya.

Foto-foto yang tersebar adalah dari akaun Facebook beliau sendiri. Dan dari tatapan sekali imbas itu, ternyata beliau sudah tidak bertudung. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana itu adalah hak beliau dan saya hanya mungkin boleh menepis perkara tersebut dari dalam hati. Tidak mungkin saya dapat menasihati beliau secara berdepan kerana beliau jauh nun di Eropah sana. Hanya mampu terkejut dengan perubahan ketara yang ditampilkan oleh pelajar cemerlang tersebut..

Apa yang boleh saya lakukan ialah mendidik anak dara saya untuk menjaga penampilan beliau ketika dewasa kelak. Walaupun anak saya baru menginjak ke usia 6 tahun pada tahun 2012 ini, perjalanan beliau masih panjang dan dengan bantuan Allah sajalah saya memohon agar anak saya tetap dapat menjaga akhlak kalaupun nanti dapat melanjutkan pengajian di luar negara.

Untuk pelajar cemerlang yang sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Eropah itu, berikan peluang untuk beliau kembali ke asal beliau, iaitu menjadi seorang gadis yang manis bertudung dan menjadi idola ramai pelajar selepas era kecemerlangan beliau, insya Allah. Sama-samalah kita doakan!

0 comments:

Post a Comment

My Instagram