Sabar Itu Penting Sekali..

Di dalam buku saya 'Siapa Kita 10 Tahun Lagi?' ada saya ceritakan mengenai SABAR dalam menuju matlamat kita. Tidak kira apa cita-cita kita itu, kita mestilah sabar dalam perjalanan untuk mencapainya.



Kita tidak boleh terlalu berharap agar cita-cita kita itu boleh dicapai dalam jangka waktu yang singkat, barangkali ada beberapa perkara yang tidak menepati kriteria tertentu yang tidak boleh dilaksanakan. Ini akan menyebabkan sesuatu proses untuk mencapai matlamat kita itu mengalami cacat cela dan boleh menganggu aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proses mencapai matlamat tersebut.



Kita mesti memahami bahawa setiap daripada kita memerlukan masa, perancangan yang betul, pemilihan keputusan yang tepat serta dipersetujui bersama. Kita tidak patut memaksa seseorang yang terlibat dalam aktiviti mencapai matlamat tersebut untuk melaksanakannya dalam keadaan yang caca marba yang pastinya akan menjurus kepada kegagalan.



Tentunya, sabar itu satu elemen penting untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Kita tidak boleh terlalu tergesa-gesa untuk mencapainya tetapi kita juga tidak boleh melengah-lengahkannya.



Ikhlas dari,

Hamirudin Hamidi



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram