Sekarang Adalah Masanya!


Adik-adik yang Abang sayangi sekalian,

Terima kasih kerana sudi membaca blog Abang Amir dan tahniah kerana adik-adik sudah memulakan pembacaan di perenggan pertama ini. Pada hari ni Abang nak bercerita mengenai keperluan adik-adik untuk memulakan sesuatu yang gemilang mulai dari SEKARANG. SEKARANG maksudnya hari ini, jam ini, saat ini dan detik ini. Kalau adik-adik nak tahu, setiap yang adik-adik mahu capai mestilah dimulakan dengan usaha untuk mendapatkannya. Jika adik-adik berlengah-lengah dan tidak mahu memulakan apa-apa, apa yang adik-adik mahukan itu tidak boleh dicapai langsung.

Memulakan sesuatu perancangan dari SEKARANG tidak semestinya adik-adik perlu mulai berlari sekarang, tetapi mulakan perancangan adik-adik mulai dari SEKARANG. Pelan dan tindakan mestilah dilakukan supaya cita-cita adik-adik itu tercapai. Sebagai contoh, adik-adik teringin sangat untuk mendapat keputusan 8A di dalam peperiksaan SPM pada penghujung tahun ni, adik-adik sudah patut memulakan serang hendap adik-adik terhadap topik-topik yang sukar difahami mulai dari sekarang, bulan April atau paling bagus ialah, adik-adik sudah memulakannya seawal Januari lepas.

SEKARANG adalah masanya! SEKARANG adalah masa untuk memikirkannya. SEKARANG adalah masa untuk memulakan perancangan adik-adik! Jika adik-adik berfikiran jauh, sejauh 10 TAHUN LAGI, adik-adik juga perlu mula memikirkan SIAPA DIRI ADIK-ADIK 10 TAHUN LAGI mulai dari SEKARANG! Sekarang adik-adik berusia berapa tahun? 16 tahun? 17 tahun? 18 tahun? 10 TAHUN LAGI berapakah usia adik-adik? 26 tahun? 27 tahun? 28 tahun? Pada masa itu, sekurang-kurangnya adik-adik sudah mendirikan rumah tangga? SIAPAKAH DIRI ADIK-ADIK pada masa itu? Fikirkan SEKARANG! Fikirkan adakah adik-adik adalah seorang PENGURUS? Atau JURUTERA? Atau DOKTOR? Atau penghantar surat? Adik-adik kena fikirkan mulai sekarang! Kerana kehidupan kita pada masa akan datang bukanlah sesenang seperti yang disangka..!

Jika adik-adik hidup seperti air sungai sahaja, ke kiri dan ke kanan tanpa adik-adik sedar sudah sampai ke muara, pada masa itu mungkin adik-adik akan menyesal tak sudah kerana tidak mengambil peluang untuk berfikir mengenai masa depan adik-adik. SEKARANG adalah masa yang terbaik untuk adik-adik mula memikirkan mengenai diri adik-adik.. Biar sesal sekarang tidak mengapa, sesal kemudian, tiadalah gunanya lagi.. 

0 comments:

Post a Comment

My Instagram