Contoh 'terfikir sahaja terus buat' ialah seseorang yang terfikir hendak memulakan perniagaan menjual burger pada waktu pagi, terus sahaja keluar ke kedai menjual peralatan dapur perniagaan pada waktu tengahari, dan terus berniaga pada waktu petang. Perbuatan itu memungkinkan dua kesan yang berlalu, samada dia berjaya membuat jualan pada hari tersebut, atau tidak berjaya membuat jualan yang baik kerana lokasi yang dipilih secara tergesa-gesa sebenarnya tidak begitu strategik. Ada kemungkinan juga gerai yang baru berusia satu hari itu di rampas oleh majlis perbandaran tempatan kerana perniagaan burger tersebut mengganggu perjalanan lalulintas.
Walaupun 'Sense of Urgency' diintepretasikan sebagai 'Rasa ingin Segera', namun sesuatu matlamat yang ingin dicapai mestilah dimulakan dengan perancangan yang betul dan teratur agar ianya boleh membantu mencapai matlamat yang diharapkan dengan lebih cemerlang. Ia tidak boleh dilakukan secara hentam keromo sahaja dan mengharapkan hasil yang cemerlang. Dalam kes bakal peniaga yang diceritakan di atas, dia mestilah memulakan perancangan di atas kertas, dia perlu ke pejabat majlis perbandaran untuk memohon lesen perniagaan kecil dan mencadangkan kepada pegawai yang berurusan dengannya itu lokasi untuk dia menjalankan perniagaan, dia juga mesti ke pejabat kesihatan untuk mendapatkan suntikan untuk pengendali makanan dan akhir sekali, membandingkan harga gerai burger di beberapa kedai supaya boleh mendapat harga yang terbaik dan termampu. Promosi juga harus dijalankan di kawasan berhampiran dan juga di dalam beberapa laman sesawang yang berkaitan.
Perancangan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ia mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Selepas itu, tindakan yang berdasarkan perancangan bolehlah dijalankan. Tentunya, 'Sense of Urgency' bolehlah diaplikasikan kepada tindakan-tindakan yang dijalankan berdasarkan perancangan yang telah ditetapkan.
Salam Cemerlang,
Hamirudin Hamidi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment