Cabaran Pertama Dengan Enjin Daihatsu Mira L5 JBJL di Kancil Saya..


Saya memang peminat kereta Turbo. Sepanjang saya memandu kereta sejak mendapat lesen kereta, saya sudahpun memiliki 2 buah kereta Turbo iaitu Daihatsu Charade Aura yang dimasukkan enjin GTti Turbo dan kemudiannya Wira sedan yang dimasukkan enjin 4G93T GSR Turbo. Kereta Turbo memberikan kepuasan dalam pemanduan. Bukan kereta turbo untuk dipandu laju-laju seperti kebanyakan pemandu muda yang baru convert enjin turbo, tetapi bagi saya (saya punya cara lah), kereta yang bernadikan enjin turbo ini apabila saya harapkan, ia ada.. Selebihnya saya akan memandu seperti biasa.

Kereta turbo ketiga saya ialah Kancil 850 yang dimasukkan enjin L2s oleh pemilik asal kereta ini tetapi apabila ia menjadi milik saya, saya tukar sekali lagi enjin kepada L5 JBJL 4 piston. Sebelum ini saya pernah mendengar enjin L5 ini adalah enjin yang 'manja', kalau ditekan akan mudah rosaklah parts enjinnya. Tambahan lagi, ia tidak selasak enjin L2s. Saya memikirkan mengenai keperluan convert enjin daripada L2s kepada enjin L5 kerana keperluan stering kuasa yang tidak terdapat pada enjin L2s (ada, tetapi tiada di enjin lama saya) dan saya memerlukan kereta automatik seperti Perodua Alza saya. Jadi, enjin L2s terpaksa dijual dan dimasukkan enjin L5 pula.

Namun begitu, halfcut enjin penuh yang saya beli daripada sebuah bengkel di Glenmarie, Shah Alam (dan dipasang di sana juga) terdapat kecacatan pada driveshaftnya apabila tiada alat ganti baru dan tulen untuk alat tersebut di kedai alatganti. Mengharapkan agar jurupasang enjin untuk menukarkan driveshaft tersebut dengan yang lebih elok keadaannya mungkin merupakan satu mimpi yang amat sukar digapai kecuali dibayar. Untuk membeli di kedai halfcut pula, saya telah membelinya pada harga RM100 tetapi saiz pula yang terlebih sedikit (perlu ditukar nanti kalau dibolehkan). Akibatnya, mekanik yang membaiki alat tersebut telah terpaksa menyambungkan kepala driveshaft dari kedai halfcut itu dengan batang driveshaft baru yang dibeli di kedai alatganti. Ia terpaksa 'dikahwinkan' kerana kedai alatganti tidak menjual driveshaft L5 yang bersaiz sama. Itulah cabaran pertama selepas memiliki enjin Daihatsu Mira L5 JBJL yang rupanya tidaklah semudah yang disangka untuk mencari alat ganti.

Ada kemungkinan juga sekiranya alatganti enjin L5 ini sukar didapati, saya akan menjual sahaja kereta ini. Kereta Perodua Kancil bernadikan enjin L5 dapat dijual pada harga yang lebih tinggi di pasaran kerana sememangnya Perodua Kancil tidak didatangkan dengan enjin turbo dan stering kuasa. Itu pula kelebihan yang ada pada enjin L5 sekiranya di masukkan ke dalam ruang enjin Perodua Kancil.

19 comments

  1. so sekarang dah jual ke. Mmg semua convert ke L5 bermasalah cam hang ke...aku tengah buat ni...tak tau apa yg aku akan face selepas ni...aku buat di subang bestari kg melayu tambahan...kedai yg sama ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg part jbjl dah byk smpi brbanding l2s..
      Sy skrg pn tgh servay gak jnis enjin yg senang maintenance..sy ska bunyik jbjl,ef ni..senyap abis..

      Delete
    2. Skrg part jbjl dah byk smpi brbanding l2s..
      Sy skrg pn tgh servay gak jnis enjin yg senang maintenance..sy ska bunyik jbjl,ef ni..senyap abis..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam..nk tnya abg2 otai..klau nk pkai enjin turbo utk kancil..enjin model apa yg sesuai..skrg ni enjin 660 je..harap abg2 otai dpt bg cadangan..

    ReplyDelete
  4. Aku tak pandai bab enjin terbaik... Tapi alhamdulillah dah tukar L5. Enjin dia senyap giler sampaikan pernah aku Start masa di traffic light pasal aku ingat enjin mati. Actually kata expert L2 utk short distance n L5 molek utk long distance... Alhamdulillah pasang di kpg Melayu subang tambahan... Berg... Cantek...dah jalan merata2 sekitar lembah kelang n Selangor... Tak de masalah lagi... Wallahuaklam le akan dtg

    ReplyDelete
  5. Sya asal L2 dah nak kondem nak tukar kepada L5 4 piston. Ada apa2 pendapat saya blh dapatkan disini?

    ReplyDelete
  6. Saya ada sebiji kancil 850 (model petak).pd thn 2011,enjin rosak teruk akhlaknya.lalu sy tukar enjin.pakai enjin l5 (jbjl 4 piston turbo).Alhamdulillah,sampai ke tahun 2018,enjin tu masih okay.Berulang dr umah ke tempat kerja..okey je..In JBJL We Trust..🤟🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, senang tak nak jaga mentainance jbjl? Sparepart mudah dapat tak?

      Delete
  7. Enjin L5 mintak gear.. 70km/jam rpm dh 3000

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Kedai sparepart untuk enjin l5 di mane eh.. Saye baru ditimpa musibah... Eksiden otw balik kg... Alhamdulillah selamat.. Just kereta barai sikit

    ReplyDelete
  10. Apa pendapat rakan2 mengenai enjin L6 JBJL Turbo ? Ok ke ? Saya nak masukkan kat Kancil 660 Lampu petak tahun 2000 punya ..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum saya nk kongsi kn pengalaman saya tentang enjin jbjl 4 piston..saya pakai dkt 2 tahun. Lepas parking lama,bawak turbo Kong. Bila tanye pomen. Dia ckp turbo l6 tak pkai bering untuk jbjl.mengharap hose minyak hitam untuk basahkan tmpt turbo. Klau hose tu sumbat hbis la.dgn pengunan kereta yang agak lasak waktu itu.saya ganti turbo lain. Jadi jugak turbo king. Kipas dalam tu pecah.. Time tu bawak rlx2 je takut jadi lagi.. Hmm. 2018 kereta parking je. 2019 nk tukar ef..dan saya baca banyak comment ef lebih baik dari jb..lasak dan turbo dia jugak berbeza.. 4 piston sedap jauh. Mcm saya dekat2 3 piston sudah mencukupi.. Klau ade salah silap tlng betulkan.harga l6 ef halfcut auto..rm2800 tak siap pasang baru tanye tadi dekat jlan haji sirat.

    ReplyDelete
  12. Salam brader2 kaki turbo.. Sya nk bertanya kereta kancil sya skrg guna L6 tp skrg enjin jem..punca & sebab jem kenapa eh? Mohon pencerahan brader2 ku.. Tq

    ReplyDelete
  13. Nak tnya kancil 850 enjin apa yang ngam di gunakan . Tahan lasak

    ReplyDelete
  14. Kalau sparepart pulak, 3 piston EF lagi mudah didapati kan? Ramai yang cakap begitu

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum nak tanya otai² dalam ni L5 jbjl lampu cataylic converter menyala,betul ke ada org ckp kena ketuk keluarkan takot enjin overheat?

    ReplyDelete

My Instagram