Saya berada di dalam keadaan sedar dan tenang ketika ini, apabila sesekali mengingati buku kedua saya yang bakal terbit dalam bulan Oktober nanti, insya Allah. Awal atau akhir Oktober, belum diberitahu lagi. Semasa menunggu kemunculan buku pertama dulu (Siapa Kita 10 Tahun Lagi?), agak berdebar-debar dan apabila saya mendapat 5 naskah percuma daripada penerbit, hati saya melonjak riang pada ketika itu. Barangkali ini adalah buku kedua, debaran itu mungkin tidak sehebat semasa penerbitan buku pertama saya dulu.
Untuk memecahkan sedikit rahsia, buku kedua saya adalah buku motivasi yang disasarkan kepada para pelajar sekolah menengah. Saya cuba membuka pemikiran para pelajar menengah untuk sama-sama memikirkan mengapa mereka berada di sekolah dan apa yang perlu mereka lakukan ketika berada di sekolah. Kebanyakan daripada para pelajar tentunya tidak mengetahui sebab-sebab mereka berada di sekolah selain daripada untuk mengisi kehadiran sahaja. Buku saya itu diharapkan agar dapat membantu para pelajar membuka tahap kepekaan mereka terhadap tugas mereka sebagai seorang pelajar.
Kita nantikan kemunculan buku tersebut. Saya sendiri amat menyukai buku tersebut walaupun saya bukan lagi seorang pelajar. Barangkali di dalam hati saya ada juga lonjakan perasaan untuk melihat buku tersebut berada di tangan ratusan ribu pelajar sekolah menengah sebagai rujukan kehidupan mereka sebagai seorang pelajar, insya Allah! Semoga ia menjadi kenyataan, Amin..
0 comments:
Post a Comment