Saya suka Psy dari sudut yang berbeza.. Beliau lahir pada tahun yang sama dengan tahun kelahiran saya iaitu 1977. Walaupun di dalam video klip tersebut menampilkan puluhan gadis-gadis sebenar Korea, itu tidak saya pedulikan sangat tetapi saya mengambil motivasi daripada Psy dari sudut yang lain, iaitu:
1. Walaupun beliau kurang dari segi 'rupa', Beliau tidak menjadikan itu sebagai batu penghalang untuk beliau mencuba mempromosikan gaya Gangnam.. Ramai yang mengatakan gaya itu kelakar, tetapi lebih ramai yang menyokong sehingga ianya menjadi sesuatu yang berimpak amat besar!
2. Beliau percaya Gangnam Style boleh dipaparkan di kelompok yang besar di dalam Korea (walaupun tidak sangka akan memecahkan rekod YouTube di seluruh dunia). Tetapi rezeki beliau ialah popular di seluruh dunia..
3. Saya sendiri mengenali kelibat beliau ketika kemunculan single Gangnam Style iaitu boleh dikatakan sebagai percubaan keenam beliau.. Sehingga ke enam kali mencuba dan beliau berjaya.. Apa akan terjadi sekiranya beliau putus asa pada album pertama lagi?
Psy merupakan salah seorang model motivasi saya sekarang.. Kalau beliau berjaya, mengapa tidak saya..?Usaha mestilah dilipatgandakan mulai sekarang..
0 comments:
Post a Comment