Nak Menyesal Kemudian Ke?


Salam Cemerlang,

Pernahkah kita fikirkan semasa kecil dulu kita ni bukanlah budak yang jahat sangat, cuma nakal sebagai kanak-kanak tu biasalah. Panjat pokok, naik basikal keliling kampung, main hujan, berenang di sungai, main lastik, budak-budak dulu lah (budak-budak sekarang mungkin lain kot)..

Namun, semasa kita meningkat dewasa, kekadang waktu sekolah pun kita main di luar sekolah, lepak-lepak restoran mamak belakang sekolah, hisap rokok dalam toilet, bergaduh bertumbuk sesama rakan (hatta pelajar wanita pun bertumbuk), join kongsi gelap, join gengster, peras ugut dan pelbagai masalah disiplin.. Satu pertanyaan, dulu masa mak bapak kita bawa kita ke Globe Silk Store ataupun Kamdar untuk baju sekolah kita, mak bapak kita nak kita jadi gengster atau budak jahat di sekolah dan di luar sekolah ke?

Benda-benda jahat ni kalau tak nak kita ubah, sampai ke dewasa lah kita jadi orang yang menyesal. Menyesal sebab tak belajar rajin-rajin dulu, menyesal sebab ponteng sekolah dan tercicir matapelajaran, menyesal sebab dah termasuk kumpulan kongsi gelap yang langsung nak keluar balik pun tak boleh.. Menyesal! Menyesal! Menyesal!

Tu yang timbulnya perkataan "KALAU lah.." Adakah ianya berguna lagi?

Namun, sebenarnya 'not too late' untuk berubah.. Yang penting ialah kita ada KEHENDAK untuk berubah..

Tapi apa salahnya kalau kita tahu yang kalau kita akan jadi jahat bila besar sebab kita dah mula jadi jahat masa sekolah sehingga menyebabkan kita tak dapat jadi Eksekutif atau Pengurus di sesebuah syarikat besar, apa kata kita dari awal, dari first step ni kita ubah haluan kita daripada memegang rokok kepada mencampakkan rokok, daripada baju keluar tapi pakai neck tie kepada  tuck in baju dan pakai smart-smart, daripada melepak di luar sekolah kepada memandang papan putih (dulu papan hitam) dan fahamkan apa yang sedang cikgu kita ajar, kan bagus? Ingat tau, orang main tenis cukup hati-hati bila nak pukul bola, sebab kalau salah pukul, maka tah kemana bola tu pergi.. Begitu juga dengan kehidupan kita, kalau kita salah pukul, entah ke mana tah kehidupan kita pada masa akan datang!

Perkara ini seringkali saya sebutkan di depan pelajar-pelajar tempat saya buat program, maka ternganga dan terdiamlah mereka sebab saya tanya soalan yang berat untuk mereka fikirkan tu.. Kalau nak saya cakap perkara yang sama di depan pelajar sekolah Cikgu semua, boleh hubungi saya.. :) Kita buat program yang akan buat mereka berfikir dan bertanya sesama sendiri, Siapa Kita 10 Tahun Lagi?

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian, tiadalah gunanya..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram