Semalam saya dikejutkan dengan berita yang menyedihkan di iPad mini milik wife saya, iaitu pemergian untuk selamanya lecturer kami di UiTM dulu, Prof. Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad. Allahyarham Prof juga adalah Yang Dipertua Persatuan Pustakawan Malaysia terkini. Semasa saya bekerja di The University of Malaya Library pada tahun 2002 dulu, selalu saya bertemu dengannya di Perpustakaan kerana Allahyarham sedang dalam pengajian PhDnya.. Perginya Allahyarham adalah kerana sakit jantung dan perginya begitu mudah sekali..
Semakin kita meningkat usia kini, semakin kita lihat beberapa orang yang kita kenali pergi seorang demi seorang. Masa muda dulu mungkin kita tak berapa perasan, tetapi sekarang, kita nampak semua itu. Saya sendiri perasan perkara ini ketika saya terlibat dalam urusan pengkebumian Allahyarham bapa saya pada Feb 2012 dan Allahyarhumah ibu saya pada Jun 2012, iaitu 4 bulan berikutnya.. Saya sendiri nampak bahawa di dalam kuburan itu, hanya jasad yang ditutupi oleh kain kafan sahaja yang dibawa bersama sedangkan harta, saham, pangkat, title, anak dan isteri serta kereta dan rumah tidak dibawa sekali.. (adakah kita mahu ditipu oleh duniya?)
Dan itu juga adalah peringatan untuk diri kita juga, bahawa manusia ini tidak selamanya hidup atau hidup tidaklah terlalu lama sehingga 150 tahun pun..Kita juga akan pergi buat selamanya satu hari nanti.. Adakah kita hendak mengelak daripada memikirkan perkara ini? Memang, semoga kita dipanjangkan usia ke angka 75 tahun pun, tetapi mungkin pada usia 76 tahun, 80 tahun, 90 tahun hatta 100 tahun pun, kita akan di'jemput' juga ke sana.. Sila bayangkan saat itu.. Nafas tersekat-sekat, hati dalam keadaan yang kelam kabut, kaki sudah menjadi sejuk.. Teringat saat ibu saya pergi dahulu kerana Allahyarhumah meninggal di pangkuan saya.. :( Bagaimana persediaan kita..?
Marilah kita membaca surah Al-Fatihah sekarang juga dan kita sedekahkan kepada arwah-arwah agar dapat membantu mereka di sana serta diterangluaskan lagi kuburan mereka, in sha Allah.. Al-Fatihah!
0 comments:
Post a Comment