Salakan Bukit..? Adaptasi Blog!

Buat pertama kalinya ada artikel saya telah disiarkan di forum lain. Bagi saya tidak mengapalah kerana ada juga yang suka yang mempromosikan blog saya yang tidak seberapa ini dengan percuma. Bagi saya, blog adalah tempat untuk menyalurkan buah fikiran seseorang dimana setiap apa yang ditulis adalah satu bait-bait ayat yang datang dari ketulusan fikiran, makanya, adalah sesuatu yang menakjubkan bahawa ada pula orang yang menggunakan buah fikiran kita untuk mengajak orang lain berfikir.
Seperti blog Tun Dr. Mahathir yang memberikan kebenaran untuk menyiarkan artikel-artikel di dalam blog beliau dengan kredit, maka semua orang harus berbuat yang sama. Maknanya, setiap artikel di dalam blog ini juga wajar dibuat link atau kredit kerana ia merupakan sebahagian daripada penghargaan kepada penulis yang telah memerah buah fikiran untuk mengajak pembaca berfikir mengenai sesuatu isu yang dikupas. Seperti yang terpapar di dalam blog ini, ia kekurangan artikel berbentuk santai, malahan semuanya mempunyai perenggan yang berjela-jela. Sesetengah dari kita sukakan blog foto dan ada juga yang sukakan blog yang pendek-pendek tetapi bergambar. Jarang ada diantara kita yang sukakan blog yang hanya memaparkan tulisan tetapi mempunyai perenggan yang panjang.
Saya mahu mencabar minda. Tulisan yang pendek atau catatan berbentuk diari kehidupan seharian penulis memang mendapat hits yang tinggi dan ianya sangat popular berbanding blog yang berjela seperti blog saya. Malahan saya tidak memikirkan mengenai keutungan daripada pihak periklanan, apa yang saya pentingkan ialah kepuasan menulis. Asalkan saya menulis kritikan sosial secara general, tiada apa yang perlu saya sembunyikan. Maka, diharapkan apa yang terpapar di dalam blog ini dapatlah diperbincangkan dengan lebih mendalam lagi. Sementelahan terdapat fungsi komen di bawah setiap artikel, bolehlah diperbincangkan lagi secara lebih mendalam tentang segala kupasan yang terdapat di dalam blog ini. Komen yang diberikan haruslah yang bersifat membina dan bermanfaat.
Selamat datang ke blog saya! It's a world according to Hamirudin Hamidi. Saya amat mengalu-alukan kunjungan anda..Ajaklah kawan-kawan anda sekali..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram