Canon Bag Vs. Crumpler Bag

Kadang-kadang, kita ini terlalu memuja sesuatu jenama dan menganggapnya sebagai satu perkara yang mesti. Pendapat kita ialah, jenama memainkan peranan dalam mencari penilaian yang baik daripada orang. Persepsi orang terhadap kita adalah lebih penting berbanding kemampuan kita untuk mendapatkan sesuatu yang berjenama.
Entri kali ini ialah menilai perbezaan dua jenama beg yang selalu dicari oleh jurufoto-jurufoto seluruh dunia. Beg yang dimaksudkan ialah beg jenama Crumpler dan model beg ini ialah 6 Million Dollar Home. Beg ini saya beli dari seseorang jurufoto wanita yang memerlukan wang, lantaran beliau menjual dengan harga yang murah bagi saya, saya terus sahaja membelinya. Beg ini menjadi kegilaan kebanyakan penggemar-penggemar gear kamera. Dan ia dijual pada harga RM340 untuk beg baru! Terlalu mahal berbanding saiz dan kualitinya.
Mari kita bandingkan dengan beg yang sememangnya saya miliki sejak beberapa bulan yang lepas, iaitu beg jenama Canon EOS Digital. Kebetulan, rekaannya hampir 90% sama sahaja dengan beg Crumpler itu. Jika dilihat pada foto-foto dibawah, jelas sekali bahawa saiz kedua-dua beg ini adalah sama. Begitu juga dengan poket dibahagian depan dan ruang dalaman kedua-dua beg ini. Crumpler berharga RM340 dan Canon berharga RM40 sahaja! Perbezaan antara kedua-dua beg ini ialah sebanyak RM300!!! Bayangkan apa yang anda boleh lakukan dengan wang sebanyak itu. Sudah pasti anda boleh membeli set strobe ringkas, atau membeli lensa 50mm f1.8 terpakai, atau boleh sahaja menyimpannya di dalam bank untuk simpanan bulanan anda!
Kadang-kadang, kebanyakan dari kita pendek akal dalam menilai semua ini. Anda boleh membeli sehelai kemeja T berjenama terkenal samada di kedai pakaian murah atau di butik jenama itu sendiri. Kemeja T yang dijual di kedua-dua buah kedai tersebut adalah sama, tetapi harganya berlainan. Itu bagi jenama yang sama. Tetapi jika anda mendapati bahawa kedua-dua beg Canon dan Crumpler ini adalah sama, mengapa anda perlu menghabiskan wang sebanyak RM300 hanya untuk jenama sedangkan kualiti dan rekabentuknya adalah sama? Mujurlah saya memperolehinya dengan harga RM200 sahaja, jika harga yang ditawarkan kepada saya adalah RM340, saya sendiri pun akan fikir 5-6 kali sebelum membelinya. Saya tidaklah menyatakan bahawa jenama beg kamera kebanyakannya adalah mahal, tetapi jika anda berfikir bahawa anda tidak akan membelanjakan banyak wang untuk beg semata-mata, anda boleh membantu dalam menurunkan harga beg ini melalui kuasa pengguna. Fikir dahulu sebelum membeli..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram