Barangkali fedup adalah rasa yang kita rasa setiap pagi tika mahu keluar bekerja. Mengapa kita berasa begitu sedangkan limpahan rezeki kita perolehi setiap bulan melalui gaji daripada majikan kita? Alangkah bahagianya jika perasaan kita semasa hendak keluar bekerja ialah senyum dan salam serta keceriaan menguasai diri. Sebenarnya, untuk mendapatkan semua perasaan itu, ia boleh jadi stimulus dari luar atau kita sendiri yang mengadakan perasaan yang positif itu. Jika kita dikelilingi oleh unsur-unsur yang membuatkan perasaan kita jatuh, kitalah yang perlu mempengaruhi hati kita untuk ceria pada awal pagi.
Perasaan benci semasa hendak keluar ke tempat kerja boleh jadi dipengaruhi oleh beberapa faktor. Setiap pagi ketika bangun pagi, pasti ada suara hati yang berbisik, "malasnya nak pergi kerja hari ni.." Dari mana bisikan itu datang? Pastinya ia datang dari mahluk yang sentiasa mahu memalaskan kita kalau bukan si S itu. Jika kita ikutkan sangat bisikan itu, kita pasti akan percaya bahawa itu adalah suara hati kita. Memang kalau diikutkan juga, kita akan mengikuti bisikan itu dan mengatakan "malasnya nak pergi kerja hari ni" juga, iaitu sama seperti bisikan yang pertama tadi. Sekarang, kita sebagai manusia yang berakal, memang memiliki 'kuasa untuk memilih'! Adakah kita hendak memilih untuk mengikuti bisikan itu, atau melawan bisikan itu dengan suara hati kita sendiri? Pastinya, dalam membangunkan diri kita dengan tangan kita sendiri, kita akan melawan bisikan itu dengan mengatakan "ishh, aku mesti bersemangat pagi ini!" Dan kita sudahpun melepasi dugaan ini.
Selalunya perasaan fedup ini tidaklah boleh terbawa-bawa sehingga merosakkan mood kita pada pagi tersebut. Dan selepas itu, kita menghadapi kesesakan lalulintas yang agak teruk pula. Ini telah membuatkan kita lewat sampai ke tempat kerja, dan mencalarkan imej kita sebagai seorang pekerja. Jika sampai sebelum pukul 9, tidak mengapa, tetapi jika kita sampai ke pejabat pada pukul 9:15, pasti di dalam laporan kedatangan akan tercatat yang kita lewat pada pagi itu. Kita rasa fedup lagi kerana kita sudah keluar awal, tetapi kesesakan lalulintas itu pula yang menyebabkan kita lewat! Ini tidak adil! (sangka hati kita). Pukul berapa pula kita hendak keluar rumah? Bagaimana pula dengan penjaga anak kita yang terpaksa membuka pintu selepas subuh sekiranya kita hendak mengelakkan kesesakan lalulintas sedangkan perjanjian dengan penjaga anak kita ialah dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam? Semua persoalan itu memang membelenggu hati kita pada pagi itu! Kita mempunyai 'kuasa untuk memilih' tetapi pilihan yang kita hendak buat ini ternyata lebih berat iaitu samada kita menghantar anak kita pada pukul 6:45 pagi dan tidak mempedulikan perasaan penjaga anak kita, ataupun kita mengambil langkah yang agak besar iaitu berpindah rumah di kawasan yang dekat dengan tempat kerja kita. Tetapi malang sekali sekiranya jika kita baru berpindah ke rumah baru yang letaknya berdekatan dengan tempat kerja, tetapi tempat kerja kita pula mempunyai perancangan untuk memindahkan premis mereka ke tempat yang lebih selesa. Adakah kita akan berpindah lagi?
Sampai pula di tempat kerja, kita dibebankan oleh pelbagai tanggungjawab yang kita fikir tidak setimpal dengan gaji yang kita terima. Ini perkara biasa kerana jika kita memperolehi gaji sebanyak RM3500 sebulan, majikan kita mahukan output bernilai RM4500 daripada kita setiap bulan! Itulah senarionya jika kita bekerja untuk mengkayakan pemilik syarikat tempat kita bekerja itu. Senario ini berlainan jika kita bekerja sendiri, dengan tahap kerajinan dan usaha yang sama banyak yang kita tonjolkan semasa kita bekerja dengan orang lain, tidak mustahil kita boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM4500 atau mungkin lebih daripada itu pun kita boleh dapat! Di tempat kerja, kita disuruh untuk menghadiri pelbagai mesyuarat, memulakan sesuatu inisiatif, menjalankan projek atau dasar yang telah dibentuk sebelum itu, dan pelbagai lagi kerja yang boleh membuatkan kita pening. Kita pun mula berfikir, inikah kehidupanku? Inikah yang aku cari? Kepuasan bekerja diperolehi, tetapi bagaimana dengan anak-anakku? Adakah mereka boleh membesar dengan keadaan aku sentiasa sibuk di pejabat? Adakah isteriku/suamiku mampu menghadapi keadaan ini? Bagaimanakah mereka ingin dapatkan kasih sayang dariku sedangkan aku sentiasa sibuk dengan kerja di pejabat? Kadang-kadang kita sentiasa memikirkan mengenai pelbagai hal dan kemungkinan di dalam hidup kita. Sememangnya, dalam hal ini kita boleh mula memikirkan akan kepentingan pengurusan masa dan mendahulukan yang sepatutnya dahulu (priorities the priority) bak kata Dr. Stephen Covey di dalam bukunya 7 Habits of Highly Effective People. Kata-kata memang mudah, hendak melaksanakan itulah yang paling sukar. Apa yang kita boleh buat lagi ialah, buatlah apa yang termampu dan utamakanlah keluarga.
Memang benar sekali sekiranya dikatakan bahawa, untuk menyelesaikan semua keadaan fedup yang disebutkan di atas, mungkin kita boleh menimbangkan untuk bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah ini bukanlah kita meminta untuk bekerja dari rumah dan menghantar semua laporan ke pejabat melalui e-mel sahaja (tetapi alangkah bahagianya jika ada kaedah seperti ini!) dan boleh melakukan kerja dengan masa yang terlalu fleksibel. Tetapi, itu hanyalah angan-angan kita sahaja kerana tiada syarikat yang membenarkan kaedah ini walaupun mungkin ada segelintir yang membenarkannya. Ini kerana ia amat berkait rapat dengan polisi kerahsiaan maklumat atau pelbagai polisi lagi yang tidak memungkinkan kaedah bekerja dari rumah ini diaplikasikan dalam budaya kerja kita. Apa yang boleh kita lakukan ialah kita sendiri yang mewujudkan peluang pekerjaan dari rumah untuk diri kita sendiri. Menjual produk adalah mudah tetapi bagaimana untuk mencari pasaran? Kita perlu melakukan pemilihan produk yang betul dan pelbagai untuk menjayakan aspirasi bekerja dari rumah. Kita juga boleh menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai syarikat, agensi atau kelompok klien yang terdiri daripada orang perseorangan, dan kita mesti kreatif dalam penawaran perkhidmatan kita. Barulah kita boleh menjadi pekerja yang bekerja dari rumah!
Perasaan fedup ini sebenarnya datang dari hati kita yang sememangnya dibisikkan oleh mahluk yang bernama S itu. Kita tentunya boleh memilih apa yang terbaik untuk diri kita. Samada kita hendak melawannya dengan bekerja di bawah kekuasaan orang lain atau bekerja sendiri, yang nyata, perasaan fedup seperti itu perlu ditangani dengan segera supaya ianya tidak merebak kepada pekerjaan yang lain yang boleh merosakkan mood kita pada pagi itu. Kita yang mempunyai 'kuasa untuk memilih' dan kitalah yang perlu memilih apa yang terbaik untuk hidup dan diri kita sendiri!

0 comments:
Post a Comment