Kena Bersedia Menjawab Soalan..

Susah juga ya kalau dalam sebuah mesyuarat, ketua menganggap kita tahu semuanya dan berharap kita akan menjawab semua soalan yang dikemukakan olehnya seperti seorang Profesor Serba Tahu. Itulah yang terjadi semasa mesyuarat yang saya hadiri petang tadi dimana didalam mesyuarat yang bermula pada pukul 3:30 petang dan berakhir pada pukul 5:20 petang tadi, saya terpaksa berlagak tahu dalam menjawab beberapa soalan yang dikemukakan. Mujurlah soalan-soalan yang ditanya itu ada dalam fikiran saya termasuklah tarikh siap sebenar projek sistem automasi perpustakaan iaitu pada 24 Julai nanti (siap jawab dengan tarikh lagi tu).

Selalunya, apa sahaja projek yang kita jalankan, kita mestilah mengetahui secara terperinci mengenainya supaya kita tidak ‘mamai’ ketika ditanya beberapa soalan yang berkaitan. Sebagai ‘project owner’ seharusnya kita mesti menyediakan maklumat yang secukupnya kepada ketua kita. Ketua kita seharusnya mendapat maklumat yang secukupnya juga agar dia juga tidak ‘mamai’ andai kata ditanya oleh CEO pula. Dalam hal ini, eksekutif di bawah saya selaku ‘project owner’ telah memberikan maklumat yang jelas akan projek sistem automasi perpustakaan yang sedang dijalankan. Dan beliau memang rajin bekerja. Semua update yang diberikan kepada saya, akan saya berikan pula kepada ketua saya. Dengan cara ini, semua maklumat akan sampai kepada semua pihak, dan tiadalah istilah ‘mamai’ ketika hendak menjawab soalan. Semua orang tahu apa yang hendak dijawab kepada COO atau CEO.

Komunikasi amatlah penting untuk merealisasikan proses ini. Jika ada maklumat yang sangkut di satu peringkat, bermakna akan sangkutlah beberapa perkara yang lain. Orang-orang yang terlibat juga akan ‘mamai’ ketika ditanya mengenai peringkat projek (projek stage). Apalah yang saya ceritakan ini adalah ringkasan sahaja. Dan ia berdasarkan pengalaman saya di tempat kerja saya. Mungkin di tempat anda, kaedahnya lain pula. Saya kini bekerja di tempat yang mana semua stafnya bekerja dalam keadaan laju sehingga saya pun turut terikut-ikut dengan metod itu. Bayangkanlah sekiranya saya dapat memasuki sektor kerajaan sepenuhnya (bukan berkanun seperti sekarang), kalau saya bawa gaya kerja yang laju ke sana, barangkali ada yang terkejut juga nanti.

Jadi, untuk menjadi seorang pekerja yang bagus, banyakkanlah membaca dan ketahuilah perkara-perkara secara terperinci berkenaan dengan kerja kita. Rajin-rajinlah menelaah bahan-bahan bacaan yang berkaitan daripada membuang masa ber’chatting’ atau bermain forum, cubalah untuk memanipulasikan sepenuhnya bahan-bahan maklumat yang ada di dalam internet dan cubalah aplikasikannya di dalam kerja seharian kita. Pasti kita akan jadi seorang yang berpengetahuan, lebih berpengetahuan daripada pekerja-pekerja yang lain. Petang ini saya berasa gembira kerana saya sangkakan saya lah yang paling tidak bagus di dalam mesyuarat itu, rupanya ada HOD lain yang lebih ‘mamai’ daripada saya dimana mereka menjawab dengan satu ayat yang mematikan terus keinginan ketua-ketua yang ingin bertanya, iaitu (mesti didahulukan dengan macho dan berbahasa Inggeris), “I will check it and will get back to you..” Terus mati keinginan COO saya yang ingin bertanya beberapa soalan lagi itu…

0 comments:

Post a Comment

My Instagram