Si Kepala Batu Di Lebuhraya!!

Semalam saya turut merasai ketidakselesaan apabila melalui lebuhraya dimana semasa saya melalui sebuah lebuhraya yang terkenal di Kuala Lumpur, kelihatan motosikal yang berkepala batu berada di depan saya, bermakna, dengan kelajuan saya yang sederhana iaitu lebih kurang 50km/j (takut kena saman), saya berada di lorong tengah. Dan dihadapan kereta saya terdapat dua buah motosikal sedang bergerak perlahan. Untunglah kerana di belakang mereka adalah saya yang hanya berkelajuan sekitar 50km/j sahaja. Bayangkanlah jika dibelakang mereka itu adalah sebuah kereta berkuasa tinggi yang bergerak selaju 130km/j? Tidakkah ia akan membahayakan nyawa mereka bersama pembonceng mereka?

Motosikal yang melalui mana-mana lebuhraya pun, disarankan agar menggunakan lorong paling kiri demi keselamatan mereka sendiri. Rugi besar jika berlaku apa-apa kemalangan kecil. Tungganglah motosikal mengikut kelajuan dan janganlah memasuki lorong laju. Pemandu kereta sentiasa menjaga kebajikan pra penunggang motosikal, tetapi bagaimana pula dengan tanggungjawab penunggang motosikal pula, adakah mereka mahu menjaga diri mereka sendiri? Tepuk dada, tanyalah selera. Sebagai pemandu yang selalu menggunakan lebuhraya, saya akan menjaga kebajikan penunggang-penunggang motosikal kepala batu ini dengan memandu dengan perlahan apabila berada dekat dengan mereka.


Pemandangan Kepala Batu Di Lebuhraya..Sungguh Berani!!!

0 comments:

Post a Comment

My Instagram