Lebuhraya DUKE Yang Pantas Dan Selesa!


Lebuhraya DUKE adalah singkatan daripada nama penuhnya iaitu Lebuhraya Duta - Ulu Kelang Expressway. Ia menghubungkan tiga tempat berlainan iaitu Ulu Kelang, Batu Caves dan Jalan Duta. Jika kita menggunakan lebuhraya ini dari hujung sana ke hujung sini, kita boleh sampai dari Ulu Kelang ke Jalan Duta dalam masa kurang daripada setengah jam. Apatah lagi dengan laluannya yang lebar dan lancar, lebuhraya ini menjadi pilihan saya dan isteri untuk pergi ke tempat kerja.

Walaupun lebuhraya ini adalah alternatif paling pantas bagi penduduk Ulu Kelang dan sekitarnya untuk ke Petaling Jaya dan sebaliknya, jumlah pengguna lebuhraya ini masih lagi sedikit. Mungkin kerana pengguna lebuhraya ini dikenakan bayaran tol sebanyak RM2, maka masih lagi ramai orang yang mengelak daripada menggunakan lebuhraya ini. Pihak pengurusan lebuhraya ini telah berusaha untuk mempromosikan lebuhraya ini tetapi keadaan jalanraya berdekatan seperti Jalan Kuching masih lagi sesak seperti biasa. Pada pendapat saya, menggunakan lebuhraya ini amat berbaloi kerana hanya dengan RM2, kita dapat merentasi Kuala Lumpur dalam masa kurang 30 minit sahaja!



Kemungkinan ramai yang masih memilih jalan utama yang agak sesak daripada menggunakan lebuhraya ini kerana ingin menjimatkan wang RM2 itu. Tetapi apabila dibuat pengiraan, RM2 itu adalah lebih murah daripada kos petrol yang banyak digunakan semasa tersekat di dalam kesesakan jalanraya. RM2 itu juga seakan 'membeli masa' (meminjam istilah yang digunakan oleh isteri saya) kerana banyak masa dapat dijimatkan dan ia seakan masa pintas jika berlaku kelewatan.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram