Takziah Buat Klien Saya..Ira..

Salah seorang daripada klien saya telah menghadapi musibah paling besar dalam hidupnya dan dugaan yang amat berat iaitu kehilangan ayah beliau pada hari yang dijadualkan beliau bertunang. Saya menerima SMS dari beliau semasa saya sudah hendak keluar dari rumah untuk ke rumah beliau di Balakong untuk menjalankan tugas sebagai jurufoto rasmi majlis pertunangan beliau itu. Berita itu begitu memberi kesan kepada saya dan membuatkan saya termenung untuk beberapa jam. Saya cuba menyelami kesedihan klien saya itu dan semasa berbual di telefon, beliau teresak-esak menangis sedih mengenangkan pemergian ayahnya semasa para tetamu sudah mula memenuhi rumah beliau untuk majlis pertunangan tersebut.
Kepada Ira, tenang-tenangkan hati dan kuatkan semangatmu itu. Utamakan urusan Allahyarham dahulu sebelum kita rancangkan majlis pada minggu lain pula, insya Allah. Apa yang berlaku pada hari ini tentu akan menjadi ingatan kepada beliau sampai bila-bila pun. Kita yang tinggal ni haruslah merapatkan saf dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang Soleh..Al-Fatihah..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram